Hospital Lawas dengan 76 katil bernilai RM183 juta siap sepenuhnya

LocalHealth & Fitness
15 Sep 2026 • 10:11 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hospital Lawas dengan 76 katil bernilai RM183 juta siap sepenuhnya Image from: Hospital Lawas dengan 76 katil bernilai RM183 juta siap sepenuhnya johardy15/09/2026 - 10:11 Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

LAWAS 15 Sept - Projek Hospital Lawas bernilai RM183 juta telah siap dan diserahkan secara rasmi, menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan baharu berkapasiti 76 katil untuk penduduk Lawas dan kawasan sekitarnya.

 

Hospital baharu itu dilengkapi dengan antaranya dua bilik pembedahan, dapur sajian pesakit, makmal ICT yang
membolehkan konsultasi jarak jauh dengan pakar perubatan, sembilan mesin hemodialisis serta 76 katil termasuk empat katil Wad Kebergantungan Tinggi.


 

Lawas

 

Lawas

 


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penyiapan hospital itu merupakan satu langkah penting dalam menyediakan akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan moden dan berkualiti kepada penduduk.

 

Beliau berkata, hospital berkenaan dibangunkan bagi menyediakan persekitaran penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh, selamat, selesa dan kondusif selaras dengan keperluan semasa.

 

“Dengan kapasiti 76 katil, kemudahan ini dijangka meningkatkan akses masyarakat kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti serta menyumbang kepada kesejahteraan mereka.

 

“Saya juga berharap hospital ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di Lawas, di samping memperkukuh keyakinan rakyat terhadap komitmen kerajaan dalam memenuhi keperluan dan memastikan kesejahteraan mereka,” katanya pada majlis penyerahan projek itu pada 14 Sept.

 

Projek tersebut dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas 2 Jabatan Kerja Raya (JKR) bermula 30 Jun 2020 menerusi pendekatan reka dan bina, dengan MCS Management Sdn Bhd dilantik sebagai kontraktor.

 

Kos keseluruhan projek itu berjumlah RM183 juta.


 

solar



Diharap berkembang menjadi hospital berpakar

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berharap Hospital Lawas dapat berkembang menjadi hospital berpakar, sekali gus mengurangkan kebergantungan penduduk di kawasan itu terhadap hospital yang terletak jauh.

 

Beliau berkata, kekangan sumber manusia ketika ini menyebabkan pengisian jawatan di hospital berkenaan masih belum lengkap, namun keadaan itu akan ditambah baik apabila tenaga kerja tambahan diperoleh.

 

“Saya berharap agar doktor pakar, insya-Allah, akan menetap di Hospital Lawas berbanding doktor pakar lawatan yang berjadual,” katanya.

 

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. — DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved