Kelington menang kontrak RM1.83 bilion pasang kemudahan peralatan kilang semikonduktor di India

WorldBusiness & Finance
14 Sep 2026 • 2:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kelington menang kontrak RM1.83 bilion pasang kemudahan peralatan kilang semikonduktor di India Image from: Kelington menang kontrak RM1.83 bilion pasang kemudahan peralatan kilang semikonduktor di India amree14/09/2026 - 14:15 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 14 SeptKelington Group Berhad memperoleh kontrak bernilai rekod AS$452 juta (RM1.83 bilion) bagi pemasangan kemudahan peralatan sebuah kilang semikonduktor di Gujarat, India.

 

Tender berkenaan menjadikan jumlah kemenangan kontrak kumpulan setakat tahun ini melonjak kepada RM3.59 bilion, sekali gus mengukuhkan keterlihatan pendapatan bagi tahun-tahun yang akan datang.

 

Kontrak diperoleh anak syarikatnya, Kelington Engineering (S) Pte Ltd (KESG) selepas menerima surat penganugerahan (LOA) daripada pengeluar semikonduktor ternama di India pada 12 September 2026.

 

"KESG sebagai kontraktor utama bagi keseluruhan reka bentuk, pemasangan, sambungan, pengujian dan penyerahan peralatan pembuatan, makmal serta sokongan," maklum Kelington kepada Bursa Malaysia.

 

Kerja-kerja tender berkenaan ujar kumpulan itu, sudah pun bermula pada bulan dengan perlu disiapkan menjelang Februari 2029, yang membabitkan tempoh kontrak ditetapkan selama kira-kira 30 bulan.

 

Daripada nilai tersebut ujarnya, sebanyak AS$249.9 juta (RM1.01 bilion) diperuntukkan bagi Modul 1, manakala AS$202 juta (RM817.2 juta) untuk Modul 2, meliputi sejumlah 886 peralatan bagi dua modul.

 

Kelington_DagangNews2026

 

Jelas Kelington lagi, nilai kontrak akhir pula akan ditentukan kemudian berdasarkan kepada jumlah sebenar peralatan dan perkhidmatan yang dapat dilaksanakannya sepanjang tempoh projek berkenaan.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lim Seng Chuan berkata, kontrak itu adalah terbesar pernah diperoleh kumpulan sejak penubuhannya serta mengesahkan keupayaan teknologi dan rekod pelaksanaan selama ini.

 

"Projek itu turut menjadi platform penting untuk kumpulan memperkukuh kedudukan sebagai kontraktor utama dalam perkhidmatan 'turn-key total facility tool hookup' bagi industri semikonduktor," ujarnya.

 

Ia juga merupakan kesinambungan daripada projek Kelington terdahulu yang diberikan pelanggan sama bagi skop kerja berbeza, dan mencerminkan keyakinan berterusan ke atas sejarah Kelington sendiri.

 

Bagi tempoh enam bulan yang berakhir 30 Jun 2026, kumpulan berkenaan sudah meraih kontrak baharu bernilai RM1.23 bilion, diikuti dengan kemenangan kontrak sebanyak RM538 juta selepas tempoh itu.

 

Kumpulan menjangkakan LOA itu memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 dan tahun-tahun berikutnya sehingga projek selesai.

 

"Tiada risiko luar biasa dijangka selain risiko operasi biasa berkaitan kontrak, manakala tiada pengarah, pemegang saham utama atau pihak berkaitan mempunyai kepentingan," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved