Hospital Sungai Buloh Pancarkan Lampu Hijau, Beri Penghormatan Buat Insan Mulia Yang Menderma Kornea Mata

LocalHealth & Fitness
10 Sep 2026 • 12:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft hospital sungai buloh

Hospital Sungai Buloh malam tadi dilihat memancarkan lampu hijau sebagai tanda penghormatan dan penghargaan buat seorang insan mulia yang meninggal dunia akibat kemalangan.

Menerusi perkongsian di Facebook, dilihat kakitangan mereka malam tadi berdiri tegak sambil meletakkan tangan mereka di dada sebagai tanda penghargaan dan penghormatan mereka terhadap Allahyarham Encik Satar yang mendermakan kornea matanya.

Artikel berkaitan : Pusat Sumber Transplan Nasional Dedah Majoriti Penderma Organ ‘Mungkir Janji

Artikel berkaitan : Isu Jual Buah Pinggang: Doktor Dakwa Kenyataan Wan Fayhsal Jejas Usaha Derma Organ

Berdasarkan hantaran video tersebut, Allahyarham Encik Satar yang juga seorang petani ini meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke masjid.

Screenshot 2026 09 10 114126

“Arwah tidak pernah lupa untuk mendidikan solat jemaah di Masjid. Takdir Ilahi, arwah ditimpa kemalangan dalam perjalanan ke masjid.”

 “Mengenali peribadi arwah yang baik, keluarga bersetuju untuk mendermakan kornea mata untuk dimanfaatkan oleh insan lain yang memerlukan.”

Video berkenaan telah menerima pelbagai komen menyentuh hati daripada netizen yang juga mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin. Al Fatihah…

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved