Imbuhan lumayan ‘umpan’ anak muda jadi keldai dadah

14 Sep 2026 • 4:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Imbuhan lumayan ‘umpan’ anak muda jadi keldai dadah

BACHOK: Tawaran imbuhan lumayan dipercayai menjadi antara tarikan digunakan sindiket untuk memperdaya golongan muda, termasuk pelajar universiti menjadi ‘keldai’ dadah.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, golongan muda perlu lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran atau maklumat yang disebarkan menerusi media sosial.

Katanya, mahasiswa khususnya perlu melihat lebih jauh daripada apa yang dipaparkan di media sosial kerana sindiket mempunyai kepakaran mempengaruhi mangsa.

“Golongan terpelajar juga tidak seharusnya terpengaruh dengan propaganda atau publisiti berlebihan yang digunakan pihak tertentu.

“Berhati-hati sebab terutama untuk graduan ini, dia ada masa depan yang cerah. Jangan terlibat dengan benda-benda yang negatif ini terutama dadah,” katanya selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa/Siswi Universiti Awam Ke-22 2026 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini, hari ini.

Noor Hisam turut menasihatkan mahasiswa supaya mendapatkan pandangan pensyarah atau terus ke balai polis terdekat sekiranya berdepan perkara yang meragukan.

“Setiap yang tersurat tu ada yang tersiratnya. Sindiket-sindiket ini pun memang pakar dalam bidang mempengaruhi.

“Sebagai orang yang terpelajar, saya rasa dia boleh melihat lebih jauh lagi dan jangan hanya nampak dengan mata kasar,” ujarnya. – UTUSAN

The post Imbuhan lumayan ‘umpan’ anak muda jadi keldai dadah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved