Sindiket pakar pengaruh mahasiswa jadi keldai dadah, akaun

14 Sep 2026 • 4:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sindiket pakar pengaruh mahasiswa jadi keldai dadah, akaun

BACHOK – Sindiket yang terlibat dengan kegiatan keldai dadah dan keldai akaun mempunyai kepakaran dalam mempengaruhi mahasiswa untuk menarik golongan tersebut untuk menyertai kegiatan mereka.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, selain itu, imbuhan lumayan yang ditawarkan oleh sindiket dipercayai punca mahasiswa sanggup jadi keldai dadah dan akaun sekali gus menjadi alat kepada pihak ketiga.

Katanya, siasatan mendapati, bukan sahaja pelajar universiti, sindiket keldai dadah dan akaun juga menyasarkan golongan muda untuk terlibat dalam jenayah tersebut.

“Sindiket ini pakar untuk mempengaruhi pelajar dalam kegiatan jenayah. Jadi, sebagai orang yang terpelajar, golongan mahasiswa perlu bijak dengan mendapatkan nasihat daripada pihak tertentu terutamanya pensyarah.

“Mungkin tarikan daripada sudut imbuhan menyebabkan mereka terlibat dalam kegiatan tersebut. Justeru, jangan mudah terpedaya dengan propaganda atau publisiti yang diberi oleh pihak-pihak ketiga ini (sindiket),” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa/Siswi Universiti Awam Ke-22 2026 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini hari ini.

Noor Hisam memberitahu, mahasiswa yang mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang pendidikan perlu berhati-hati agar tidak terlibat dengan sindiket keldai dadah atau akaun.

Menurutnya, golongan pelajar perlu melihat setiap perkara yang disampaikan secara tersurat oleh sindiket pasti mempunyai perkara yang tersirat.

“Golongan yang terpelajar, bijak dan pandai perlu sentiasa menapis elemen-elemen yang ada di media sosial. Jangan mudah percaya dan terpedaya,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, wanita warga Malaysia berusia 22 tahun ditahan pihak berkuasa India selepas didapati membawa dadah jenis ganja seberat 15 kilogram (kg) di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi, India pada 4 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata wanita berasal dari Perak itu ditahan selepas pemeriksaan pihak Kastam India terhadap bagasi troli miliknya menemukan dadah berkenaan yang disembunyikan dalam 30 bungkusan. – KOSMO! ONLINE

The post Sindiket pakar pengaruh mahasiswa jadi keldai dadah, akaun appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved