Imigresen Gantung Tugas Pemandu Lori Terbabit Kemalangan Maut Tiga Beranak

20 Aug 2026 • 12:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Imigresen Gantung Tugas Pemandu Lori Terbabit Kemalangan Maut Tiga Beranak

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Jabatan Imigresen (JIM) menggantung tugas pemandu lori jabatan itu yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan tiga beranak di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata tindakan itu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian tersebut.

“Tindakan segera jabatan ialah menggantung tugas pemandu sehingga kes selesai dan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam kes ini.

“JIM juga sedang melakukan siasatan dalaman dari aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baca juga:

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi semalam, tiga pejalan kaki daripada satu keluarga maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh lori Black Maria milik JIM.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tanpa muatan yang dalam perjalanan ke arah Chow Kit bagi operasi pendatang tanpa izin memasuki persimpangan lampu isyarat ketika lampu merah dengan mengaktifkan lampu suar (beacon) serta siren.

Kenderaan itu bertembung dengan sebuah Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu hijau, menyebabkan lori hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pejalan kaki serta sebuah kereta Inokom Matrix.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved