Sindiket import ayam sejuk beku: Empat penjawat awam antara 7 ditahan

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 6:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sindiket import ayam sejuk beku: Empat penjawat awam antara 7 ditahan
SPRM menahan 7 individu termasuk 4 penjawat awam kerana disyaki terbabit sindiket import ayam sejuk beku tidak sah di Sabah

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh individu termasuk empat penjawat awam kerana disyaki terbabit sindiket import ayam sejuk beku tidak sah di Sabah melibatkan elemen rasuah pegawai pihak berkuasa sebuah pelabuhan di negeri itu.

Sumber memaklumkan tujuh individu terbabit direman hingga 15 Ogos selepas Majistret Marilyn Kelvin membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi tadi.

"Ops Chick oleh Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah serta Kastam Sabah semalam telah menyita 10 kontena ayam sejuk beku diimport dari China dan Poland secara tidak sah,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Semalam, media melaporkan SPRM menumpaskan sindiket import ayam sejuk beku tidak sah di Sabah dan menahan tiga lelaki berusia 30-an hingga 50-an yang dipercayai berperanan sebagai ejen penghantaran serta pengurus syarikat.

Berdasarkan siasatan awal, kontena berisi ayam itu diisytiharkan secara tidak benar dan tidak melalui proses pemeriksaan yang ditetapkan.

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved