Individu bertopeng pecah masuk sekolah

29 Oct 2026 • 6:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Individu bertopeng pecah masuk sekolah
Keadaan bilik kaunseling yang dipecah masuk individu bertopeng di sebuah sekolah di Sunagi Siput pada Ahad.

SUNGAI SIPUT - Sebuah sekolah menengah di sini mengalami kerugian kira-kira RM9,000 apabila komputer riba dan wang tunai dilarikan selepas dipecah masuk pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, kejadian di bilik kaunseling itu berlaku jam 1.10 pagi.

Menurutnya, semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati seorang individu tidak dikenali memakai topeng, topi dan sarung tangan berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.

"Pihak sekolah menyedari kejadian itu kira-kira jam 7.50 pagi pada Isnin ketika seorang guru hendak memasuki bilik kaunseling berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati bilik berkenaan dalam keadaan berselerak, manakala pintu masuk dan almari tempat menyimpan barangan berharga diumpil," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Beliau berkata, antara barangan yang dilaporkan hilang ialah tiga komputer riba serta sebuah pemacu keras luaran.

Katanya, wang tunai bernilai lebih RM5,000 turut dilaporkan hilang masing-masing melibatkan tabung sekolah dan wang kebajikan murid.

"Pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian menemukan satu cap jari pada pintu masuk bilik kaunseling berkenaan.

"Hasil rakaman percakapan pengawal keselamatan pula mendapati, tiada sebarang perkara mencurigakan disedari semasa kejadian berlaku," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved