Influencer Permotoran Antara 8 Ditahan Reman Selepas Tular Rakaman Tutup Jalan Untuk Lumba Haram [Video]

24 Aug 2026 • 1:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Influencer Permotoran Antara 8 Ditahan Reman Selepas Tular Rakaman Tutup Jalan Untuk Lumba Haram [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam tular video memaparkan tindakan sekumpulan individu yang menutup jalan di Lebuhraya Linkedua, Kulai, Johor daripada digunakan orang awam untuk satu perlumbaan haram.

Jelas di dalam video tersebut terdapat keadaan kenderaan yang tersekat di lebuhraya dan tidak dapat meneruskan perjalanan mereka gara-gara sekatan berkenaan yang dipercayai pada awal pagi.

8 individu termasuk influencer permotoran ditahan reman 4 hari

Susulan tular insiden itu, seramai lapan individu termasuk seorang pempengaruh (influencer) permotoran yang dipercayai terlibat dalam video tular itu telah ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Majistrer R Salini telah mengeluarkan perintah reman yang bermula pada 24 Ogos sehingga 27 Ogos selepas mendapat permohonan daripada polis di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Untuk buat siasatan di bawah Seskyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan di bawah Seskyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesemua suspek tiba di perkarangan Mahkamah Kulai pada jam 8.30 pagi dan mereka memakai topeng manakala dua lagi memakai ‘hoodie’ untuk mengelak wajah dari dirakam.

Kertas siasatan dirujuk ke KUJAKA untuk tindakan lanjut

Terdahulu Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Kamaluddin Othman memaklumkan lapan suspek yang ditahan itu berusia antara 26 hingga 45 tahun dan akan dibawa ke Mahkamah Kulai pada hari ini (24 Ogos) untuk mendapartkan permohonan reman.

“Kertas siasatan dirujuk ke Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam (KUJAKA) untuk tindakan selanjutnya. Pekembangan kes akan dimaklumkan,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Sebelum ini, tular video di Threads memaparkan aksi dua penunggang motosikal yang sedang berlumba dipercayai secara haram di lebuh raya.

Malah kejadian itu turut membuatkan orang awam berasa berang atas tindakan sekumpulan individu yang menutup jalan di lebuhraya terbabit demi perlumbaan haram.

View on Threads
View on Threads
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved