Infomina peroleh kontrak RM32.11 juta daripada KDN bagi penyelenggaraan aplikasi utama JPN

LocalBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 6:24 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Infomina peroleh kontrak RM32.11 juta daripada KDN bagi penyelenggaraan aplikasi utama JPN Image from: Infomina peroleh kontrak RM32.11 juta daripada KDN bagi penyelenggaraan aplikasi utama JPN hamden27/10/2026 - 18:24 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 27 Okt - Infomina Bhd menerima Surat Setuju Terima (SST) bernilai RM32.11 juta daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal untuk sistem aplikasi utama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Infomina berkata surat setuju terima itu diterima pada 27 Oktober 2026.

 

Kontrak berkenaan meliputi tempoh 24 bulan bermula 1 November 2026 hingga 31 Oktober 2028, dengan nilai RM32.11 juta tidak termasuk cukai perkhidmatan.

 

Skop perkhidmatan Infomina merangkumi penyelenggaraan sistem, sokongan teknikal, pengurusan data dan fail, selain latihan pengguna, kursus teknikal serta bengkel kajian semula.

 

Perkhidmatan itu akan dilaksanakan berdasarkan kontrak berasaskan prestasi.

 

Infomina berkata sebarang pembaharuan atau pelanjutan kontrak selepas tamat tempoh berkenaan adalah tertakluk kepada budi bicara KDN.

 

Menurut syarikat itu, kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan Infomina sepanjang tempoh kontrak.

 

Infomina berkata, penerimaan SST berkenaan juga dibuat dalam urusan perniagaan biasa dan demi kepentingan terbaik syarikat.

 

Tiada pengarah, pemegang saham utama Infomina atau individu yang mempunyai kaitan dengan mereka mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved