Infomina raih kontrak pembaharuan perisian RM22 juta daripada Panasonic Digital

LocalBusiness & Finance
12 Oct 2026 • 6:27 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Infomina raih kontrak pembaharuan perisian RM22 juta daripada Panasonic Digital Image from: Infomina raih kontrak pembaharuan perisian RM22 juta daripada Panasonic Digital johardy12/10/2026 - 18:27 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 12 Okt - Infomina Berhad memperoleh kontrak pembaharuan langganan perisian komputer kerangka utama dan penyelenggaraan selama lima tahun bernilai 855 juta yen (RM22.06 juta) daripada Panasonic Digital Co Ltd di Jepun.

 

Anak syarikat milik penuhnya, Infomina Japan K.K. menerima pesanan pembelian dan menandatangani borang pesanan pada Isnin, menurut makluman syarikat itu kepada Bursa Malaysia hari ini.

 

Kontrak tersebut meliputi lesen langganan perisian dan perkhidmatan sokongan bagi tempoh 1 September 2027 hingga 31 Ogos 2032 serta dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan kumpulan sepanjang tempoh berkenaan.

 

Nilai kontrak itu tidak termasuk cukai penggunaan dan invois akan dikeluarkan terlebih dahulu sebelum tempoh lima tahun tersebut bermula.

 

Infomina Japan akan mengurus pemerolehan dan pentadbiran langganan lesen, mengendalikan pengebilan serta menyelaraskan perkhidmatan sokongan dan perubahan lesen untuk Panasonic Digital.

 

Anak syarikat itu turut mengurus pelaporan penggunaan lesen dan pematuhan serta menilai dan memantau persekitaran perisian Panasonic Digital bagi memastikan penggunaan versi terkini yang berkaitan dan masih disokong.

 

Turun naik yen jadi risiko utama

Infomina mengenal pasti turun naik kadar pertukaran matawang asing, khususnya yen, sebagai risiko utama kontrak tersebut.

 

Pergerakan kadar pertukaran yang tidak memihak kepada syarikat boleh menjejaskan prestasi kewangan dan margin keuntungannya.

 

Sebarang pembaharuan langganan selepas kontrak itu tamat tertakluk kepada pesanan pembelian dan borang pesanan baharu yang akan dirundingkan dengan Panasonic Digital menjelang penghujung tempoh berkenaan.

 

Syarikat itu berkata, kontrak tersebut merupakan urusan perniagaan biasa. Tiada pengarah, pemegang saham utama atau individu yang mempunyai kaitan dengan mereka memiliki kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved