
Penyanyi, Aina Abdul mencuri perhatian peminat selepas beberapa individu berkongsi foto penampilannya mengenakan busana rona putih kebiruan menjelang kemunculannya di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026.Menerusi perkongsian wakil media Eurovision, ESC Tom di platform X, Aina memaklumkan bahawa busana yang diperagakannya ketika itu bukanlah penampilan terakhir untuk pertandingan berkenaan.Malah, wakil kepada penyanyi lagu Bluest Sky itu turut memberi bayangan bahawa terdapat kejutan yang bakal dipersembahkan ketika membuat persembahan di pentas antarabangsa tersebut."I just asked Aina if this was her FINAL OUTFIT."This is just the base..." balas Aina AbdulAina bakal memperagakan busana hasil rekaan pereka fesyen tempatan, Melinda Looi.Pada masa sama, turut menjadi bualan netizen juga apabila ada beberapa individu menjangkakan Aina membawa elemen air sebagai tema utama persembahannya.Sekadar info, berbeza dengan kebanyakan program realiti nyanyian di Malaysia, Eurovision tidak menyimpan segala persiapan pertandingan sebagai rahsia sehingga malam kemuncak.Sebaliknya, pertandingan berprestij itu turut memberi ruang kepada orang ramai untuk mengikuti perkembangan awal menerusi perkongsian rasmi sebelum malam pertandingan berlangsung.Antara yang didedahkan termasuklah rekaan pentas, busana peserta, koreografi serta suasana sesi raptai, sekali gus memberi gambaran awal mengenai persiapan setiap wakil negara.Untuk rekod, Aina bakal membawa nama Malaysia menerusi lagu Bluest Sky di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026 yang dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 14 November ini.






