
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada masa kini, aktiviti menangkap ikan tidak terhad di laut mahupun sungai. Ada segelintir individu yang lebih gemar melakukan aktiviti tersebut antaranya di kolam memancing.
Pun begitu, buat si kaki pancing tegar, laut dan sungai tetap menjadi keutamaan buat mereka yang sukakan cabaran.
Malah, bagi mereka kawasan sebegitu memberi ketenangan yang berbeza selain dari hasil yang lumayan.
Tuan Tanah Marah & Tengking Penjala
Namun, lain pula dengan geng penjala ini yang terpaksa berhadapan dengan cabaran tersendiri ketika menjala ikan di tepi Sungai Pahang.
Menerusi video tular yang dikongsikan di TikTok @mathello81, kelihatan sekumpulan penangkap ikan berkenaan sedang dimarahi oleh seorang individu yang dipercayai tuan tanah tersebut.
Apa yang menjadi perhatian adalah individu berkenaan kelihatan berang malah siap menengking penjala berkenaan serta mahu merampas ikan hasil tangkapan mereka.
Tidak hanya itu, dia mendakwa ikan dalam sungai tersebut diberi makan olehnya.
“Tak kira sikit ke banyak, kawe nak ambik ikan ni. Kawe tak kira. Ini hok kawe punya. Sebab kawe hari-hari bagi makan, jala ni pun kawe ambik,” katanya.
Tengah best menjala ikan…tiba² tuan tanah datang marah² siap claim ikan kat sungai Pahang tu dia bagi makan 😅😅 #fyp #jalaikan #memancing #pukat #sungaipahang #pukathanyut
Tonton video penuh [DI SINI]
Siap Minta Orang Lain Jangan Masuk Campur
Malah, individu itu turut meminta orang ramai agar tidak mencampuri urusannya dengan penjala tersebut ketika dia diminta untuk tidak merampas jala milik penangkap ikan berkenaan.
Walau bagaimanapun, dia juga tetap berkeras mahu merampas jala milik pemancing berkenaan.
Menerusi video berasingan, kelihatan individu berkenaan turut menghalau orang ramai untuk terus pergi dari kawasan tersebut.
“Tengah best menjala ikan, tiba-tiba tuan tanah datang marah-marah siap claim ikan dekat Sungai Pahang tu dia bagi makan,” tulis pentadbir akaun berkenaan di ruangan kapsyen.
Walau bagaimanapun, punca sebenar dia bertindak sedemikian tidak dimaklumkan dalam perkongsian berkenaan.
Replying to @yuzairieeherman PART 2
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Berang Tindakan Individu, Ada Yang Persoal Status Ikan Dalam Sungai
Video yang telah mendapat lebih 4.5 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan tuan tanah terbabit yang memarahi penjala berkenaan apatah lagi perbuatannya itu seolah-olah menggambarkan ikan dalam sungai juga adalah miliknya juga.
Malah, ada yang mempersoal tindakannya yang dilihat tidak memberi keizinan untuk penjala berkenaan menjala ikan sedangkan agak mustahil dia memiliki sungai tersebut.
Namun, ada juga yang menyokong tindakan individu berkenaan dan berpendapat adalah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang itu menceroboh tanah persendirian.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Tanah Nama Dia Punya, Okay Faham, Tapi Sungai Atau Ikan Dia Punya Juga Ke?”

“Sejak Bila Tanah Sungai Ada Pemilik? Bukan Ke Kalau Rizab Sungai Tidak Boleh Ada Hak Milik”

“Pemilik Tanah Tu Betul, Mereka Yang Ceroboh Pun Salah, Benda Apa Yang Ada Dalam Tanah Dia, Semua Milik Tuan Tanah”

“Tanah Hak Awak, Sungai Pun Hak Awak, Sungai Ada Geran Ke?”

“Tanah Ada Geran, Ikan Dalam Sungai Tu, Ada Geran Juga Ke? Berapa Keluasan Dia Punya Bahagian Sungai Tu”

Baca Artikel Berkaitan: Gaduh Sebab Kawasan Sungai, Dua Pemancing Akhirnya Berdamai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Selamba Memancing Dalam Pusat Beli Belah The Mines Raih Perhatian Ramai [Video]
Source:



![Wanita Persoal Kenapa Di Kedah Tiada Tempat Menarik Raih Pelbagai Reaksi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)