Pelakon Uqasha Senrose tampil memberikan penjelasan selepas drama terbaharunya, Madu Atau Racun mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Uqasha meminta orang ramai supaya tidak membuat penilaian hanya berdasarkan beberapa babak yang tular dan telah disunting di media sosial.
Advertisement

Menurutnya, setiap karya mempunyai jalan cerita, nilai serta pengajaran tersendiri yang perlu difahami secara keseluruhan.
“Apa yang korang tengok bukan keseluruhan cerita dan setiap episod kan? Hanya tengok klip-klip yang sudah disunting? Setiap jalan cerita pasti ada ujian, pengajaran, iktibar dan keinsafan.
“Cuba tengok sampai episod terakhir dan nilailah selepas itu. Jangan terus judge macam tiada hari esok. Sampai ke personal korang sentuh. Allahu,”tulisnya.
Uqasha Terkilan Komen Kaitkan Drama Dengan Anak
Dalam pada itu, Uqasha mengakui terkilan apabila segelintir individu mula mengaitkan jalan cerita drama berkenaan dengan kehidupan peribadinya.
Lebih mengecewakan, terdapat komen yang turut menyentuh mengenai anak-anak sehingga dianggap keterlaluan oleh pelakon berkenaan.
View this post on Instagram
“Sampai mempersoalkan ‘islam ke’, ‘masing-masing ada anak perempuan’ dan sampai sentuh bab bab anak. Maaf saya rasa ia sangat melampau. Baru episod berapa terus dah kena kecam sampai ke anak-anak.
“Yang judge semua ini rasanya bukan tengok cerita tetapi tengok apa yang dekat FYP itu. Tolong tengok cerita dan isi kandungnya gais. Agak melampaulah korang yang bercakap ini,”luahnya.
Uqasha berharap penonton memberikan peluang kepada drama tersebut untuk disaksikan sehingga tamat sebelum membuat sebarang penilaian terhadap keseluruhan jalan ceritanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kalau Sah Rujuk Pun, Saya Tetap Akan Ceraikan Dia" - Datuk Red
The post “Jangan Sentuh Bab Anak” – Uqasha Senrose Minta Jangan Cepat Hukum Drama Madu Atau Racun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






