Kerajaan Negeri Melaka menawarkan kemasukan percuma ke 13 tempat pelancongan terpilih di seluruh negeri khas untuk rakyat Malaysia bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2026 pada 31 Ogos ini.
Menurut kenyataan rasmi daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, inisiatif ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik di samping membolehkan para pelancong meneroka keunikan sejarah, rekreasi, dan warisan Melaka tanpa sebarang kos tiket.
Jika anda sedang merancang percutian sempena cuti Merdeka, jom semak senarai penuh destinasi percuma, syarat kemasukan, dan tips penting untuk mengelakkan kesesakan!
Senarai Inisiatif Kemasukan Percuma Melaka 31 Ogos
Inisiatif Melaka Untuk Semua ini merangkumi pelbagai kategori tempat riadah, daripada aktiviti menyusuri sungai, taman tema air, hinggalah ke kelab golf eksklusif!
Yang paling penting, MASUK ADALAH PERCUMA. Jom bawa keluarga, ajak kawan-kawan dan raikan Merdeka sambil menikmati tarikan menarik di Melaka di bawah:

1. Menara Taming Sari
Sempena Hari Kemerdekaan, jom bawa keluarga & kawan-kawan menikmati panorama Melaka dari atas Menara Taming Sari!
- Khas buat Warganegara Malaysia
- 31 Ogos 2026
- 9.00 pagi – 5.00 petang
- Walk-in sahaja

2. Melaka River Cruise
Sempena Hari Kebangsaan ke-69, jom bawa keluarga dan ajak sahabat tersayang untuk menikmati pengalaman istimewa menyusuri destinasi air menarik di Melaka
Nikmati keindahan panorama, hayati kisah dan sejarah yang mengalir bersama sungai, serta cipta kenangan Merdeka yang pastinya bermakna bersama insan tersayang.
MELAKA RIVER CRUISE
- 9.00 pagi – 5.00 petang
- Jeti Taman Rempah & Jeti Muara
ECO CRUISE TASIK CHINCHIN, JASIN
- 9.00 pagi – 5.00 petang
ECO CRUISE SUNGAI LINGGI
- 9.00 pagi – 1.00 petang
- Jeti Paya Lebar
Kemasukan PERCUMA pada 31 Ogos 2026! Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman istimewa sambil menyemarakkan semangat patriotik dan kecintaan kepada negeri Melaka.

3. Muzium di bawah PERZIM
Jangan lupa singgah muzium di bawah Perzim 31 Ogos 2026 ini sempena Hari Kemerdekaan. Masuk adalah PERCUMA!
- Muzium Rakyat
- Muzium Belia
- Galeri Golf
- Galeri Demang Abdul Ghani
- Muzium Pertanian Jasin
- Muzium Adat Perpatih Negeri Melaka
Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.30 petang
(Kemasukan terakhir jam 4.30 petang)
Syarat kemasukan:
- Sila kemukakan kad pengenalan (MyKad) kepada petugas kaunter.
- Pelawat perlu mengimbas QR Code yang disediakan di setiap muzium/galeri untuk tujuan laporan bilangan pelawat.
- Kemasukan percuma hanya diberikan kepada Warganegara Malaysia. Bukan warganegara perlu membeli tiket di kaunter.

4. Zoo Melaka
Sempena Hari Kebangsaan, jom raikan 31 Ogos 2026 bersama keluarga di Zoo Melaka!
- 31 Ogos 2026 (Isnin
- 9.00 pagi – 4.00 petan
- Kemasukan PERCUMA!
- Wajib bawa MyKad/MyKid untuk pengesahan kemasukan. Kegagalan mengemukakan MyKad/MyKid akan dikenakan bayaran tiket pada harga biasa.
Jumpa anda di Zoo Melaka!

5. Muzium Penjara Malaysia Melaka
Jom manfaatkan cuti Hari Kebangsaan dengan berkunjung ke Muzium Penjara Malaysia. Kemasukan adalah PERCUMA kepada orang ramai pada 31 Ogos 2026!
- 31 OGOS 2026 (ISNIN)
- 9.00AM – 5.00PM

6. Kompleks Kraf Melaka
KARNIVAL KOMPLEKS KRAF SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026!
Jom bawa keluarga dan rakan-rakan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Kompleks Kraf Melaka, Ayer Keroh!
- 30 & 31 Ogos 2026 (Ahad & Isnin)
- 10.00 pagi – 6.00 petang
- Kompleks Kraf Melaka, Ayer Keroh
- MASUK ADALAH PERCUMA!
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
- Jualan Kraf
- Demonstrasi & Interaktif Kraf
- Ria Craft
- Pertandingan Mewarna
- Lawatan Berpandu Berkumpulan
Sebarang pertanyaan hubungi Kompleks Kraf Melaka di talian: 06-2531500.

7. Kompleks Air Panas Gadek
Semarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2026 bersama keluarga dan rakan-rakan di Gadek Hotspring Wellness & Spa Resort!
Jom nikmati malam penuh kemeriahan menerusi program Merdeka akan berlangsung pada:
- 31 Ogos 2026 (Isnin)
- 5.00 petang – 12.00 tengah malam
- Gadek Hotspring Wellness & Spa Resort
- KEMASUKAN PERCUMA!
Khas untuk warganegara Malaysia dan terhad kepada 500 orang terawal sahaja.
Antara syarat dan ketetapan:
- Tiket percuma hanya untuk warganegara Malaysia.
- Terhad kepada 500 orang terawal sahaja.
- Tiada penjualan tiket pada 31 Ogos 2026.
- Kolam air panas dan kolam kanak-kanak akan beroperasi sehingga 12.00 tengah malam sahaja.
- TERUS WALK-IN KE KAUNTER TICKET
Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pengalaman berendam Di Gadek Hotspring..
“Sambut Merdeka, Rasa Bahagia!”
Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 010-279 6397

8. Balai Cerap Al-Khawarizmi
Balai Cerap Al-Khawarizmi yang terletak di Kampung Balik Tanah, Tanjung Bidara, Masjid Tanah merupakan salah satu daripada 13 produk pelancongan terpilih yang menawarkan kemasukan percuma pada 31 Ogos 2026.
Sesi kemasukan percuma dijadualkan bermula seawal jam 9:00 pagi.
- Hanya terbuka kepada Rakyat Malaysia sahaja.
- Pengunjung wajib membawa dan menunjukkan MyKad atau MyKid asal di pintu masuk untuk tujuan pengesahan.

9. Melaka Wonderland & Themepark
Melaka Wonderland & Themepark ialah sebuah taman tema air popular di Melaka yang terletak di hab pelancongan hijau Ayer Keroh, Melaka.
Taman tema ini dikelilingi oleh hutan rekreasi semula jadi seluas 360 ekar, menjadikannya destinasi riadah keluarga yang sangat menyegarkan.
Sempena Hari Kebangsaan, 31 Ogos 2026, kemasukan adalah percuma. Tertakhluk pada terma dan syarat.
- Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang
- Untuk 500 orang yang terawal sahaja
- Kemasukan terakhir pada jam 4.00 petang.

10. Ayer Keroh Country Club (AKCC)
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-69 pada 31 Ogos 2026 ini, Kelab Golf Ayer Keroh (AKCC) di Melaka menawarkan YURAN PADANG (GREEN FEE) SECARA PERCUMA khas untuk anda!
Tiada sistem tempahan awal. Anda hanya perlu kumpulkan kumpulan (flight) golf anda, bawa MyKad, dan terus datang ke kaunter pendaftaran AKCC.
- 🏌️ MAIN SEPUAS-PUASNYA – Main satu pusingan, atau teruskan bermain lagi mengikut kemampuan anda!
- 🚶 KEMASUKAN TERUS (WALK-IN SAHAJA) – Tiada tempahan dalam talian atau panggilan telefon.
- ⏰ SLOT TEE-TIME DIBUKA SEPANJANG HARI – Masa pukulan (tee time) diperuntukkan sepenuhnya berdasarkan prinsip “siapa cepat, dia dapat”. Datang awal untuk mendapatkan slot masa pilihan anda!
Maklumat Penting Acara:
- Tarikh: 31 Ogos 2026 (Hari Isnin)
- Tempat: Ayer Keroh Country Club (AKCC), Melaka
- No. Telefon Talian Utama: 06-233 2003
Terma & Syarat Pengunjung:
- Khusus Pemegang MyKad: Tawaran ini terhad kepada warga negara Malaysia sahaja. Sila pastikan anda membawa kad pengenalan yang sah untuk pengesahan di kaunter.
- Caj-caj Lain Tetap Dikenakan: Walaupun yuran padang (green fee) adalah percuma, caj-caj wajib yang lain seperti yuran kedi (caddy), sewaan bugg/kraf golf, dan insuran pemain adalah tertakluk kepada kadar harga biasa bagi setiap pusingan.
Rancang strategi perlawanan anda, datang seawal pagi, dan nikmati hari Merdeka anda di atas padang hijau AKCC!

11. Tiara Melaka Golf & Country Club
- Yuran Padang Percuma (Free Green Fee)
- Tarikh: Isnin, 31 Ogos 2026 (Cuti Umum Hari Kebangsaan).
Syarat Kelayakan & Cara Penyertaan
- Terhad kepada 40 orang pertama: Hanya 40 pemain terawal sahaja yang akan mendapat tawaran percuma ini.
- Hadir Terus (Walk-in Sahaja): Tiada tempahan awal dibenarkan; slot diberikan mengikut siapa cepat dia dapat.
- Khusus untuk Pemegang MyKad: Promosi ini hanya sah untuk warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan sah

Tips Elak Tersangkut Kesesakan Jalan Raya
Memandangkan inisiatif kemasukan percuma pada 31 Ogos ini dijangka menarik ratusan ribu pengunjung ke Melaka, kesesakan jalan raya yang luar biasa pasti akan berlaku, terutamanya di kawasan tumpuan pelancong dan laluan utama perarakan Hari Kebangsaan.
- Pilih lokasi dalam satu kawasan sahaja (cth: fokus Alor Gajah/Masjid Tanah sahaja) untuk elak pusing jauh.
- Pergi ke lokasi jauh seperti Balai Cerap Al-Khawarizmi pada waktu pagi kerana jalan kurang sesak.
- Letak kereta di luar bandar dan naik pengangkutan awam percuma yang disediakan kerajaan negeri.
- Sentiasa semak laluan alternatif secara langsung.
- Elak kawasan Klebang/Kota. Jangan lalui kawasan ini pada waktu pagi kerana terdapat perarakan besar Hari Kebangsaan.
Semak juga jalan yang ditutup seperti di bawah ini:


Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Inisiatif Kemasukan Percuma Melaka 31 Ogos
Dapatkan maklumat lanjut dan info terkini Inisiatif Kemasukan Percuma Melaka 31 Ogos di:
- Facebook Kerajaan Negeri Melaka
- Facebook Tourism Melaka
Soalan Lazim
Siapakah yang layak menikmati kemasukan percuma ini?Tawaran ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Dokumen pengesahan seperti MyKad atau MyKid wajib dibawa dan ditunjukkan di pintu masuk untuk tujuan pengesahan. Jika gagal, bayaran tiket harga biasa akan dikenakan.
Apakah senarai 13 produk pelancongan yang terlibat?Inisiatif ini merangkumi lokasi rekreasi, sejarah, warisan, dan sukan berikut:
– Menara Taming Sari
– Melaka River Cruise
– Eco Cruise Sungai Linggi
– Eco Cruise Tasik Chin Chin
– Zoo Melaka
– Melaka Wonderland & Themepark
– Kompleks Air Panas Gadek
– Muzium-muzium di bawah kendalian PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka)
– Muzium Penjara Malaysia Melaka
– Kompleks Kraf Melaka
– Balai Cerap Al-Khawarizmi
– Ayer Keroh Country Club (AKCC)
– Tiara Melaka Golf & Country Club
Tawaran ini hanya sah pada 31 Ogos 2026 (Isnin) sahaja.
Adakah terdapat had kapasiti atau kuota pengunjung?Ya, kemasukan adalah tertakluk kepada kapasiti dan syarat yang ditetapkan oleh pengendali setiap produk pelancongan.






