Perlis tawar satu emas RM15,000

21 Aug 2026 • 1:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Perlis tawar satu emas RM15,000

KANGAR: Kerajaan negeri menawarkan imbuhan RM15,000 untuk satu emas bagi atlet Perlis yang berjaya meraih pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor yang berakhir 24 Ogos ini.

Bagaimanapun imbuhan itu hanya diberikan sekiranya kontinjen Perlis berjaya melepasi 20 pingat emas yang bakal menjadi sejarah kutipan emas tertinggi Perlis dalam temasya sukan dwi tahunan tersebut.

Sekiranya sasaran 20 emas tidak dapat dicapai, atlet Perlis tetap menerima imbuhan sebanyak RM10,000 bagi satu pingat emas, setakat semalam, sebanyak 14 emas telah diraih oleh kontinjen negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Wan Zikri Afthar Ishak berkata, imbuhan tersebut ditawarkan bagi membakar semangat kontijen Perlis dalam mengharumkan nama negeri serta melakar sejarah baharu.

Katanya, pencapaian terbaik Perlis dalam Sukma adalah dengan memenangi 12 pingat emas dalam temasya di Sarawak pada 2024 dan sekiranya berjaya melepasi 13 emas ia juga merupakan sejarah baharu buat negeri ini.

Beliau berkata, sasaran 20 pingat emas itu bagi menyahut cabaran Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

“Motivasi, persediaan daripada segi mental dan fizikal para atlet berada pada tahap terbaik dan selebihnya berbalik kepada rezeki.

“Kalau kita berjaya mencapai sasaran 20 emas atau melepasi 13 pingat emas ia merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah Sukma Perlis,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada temasya Sukma kali ini, Perlis menghantar seramai 379 atlet dan 54 bagi atlet Para Sukma dengan keseluruhan kontijen termasuk
pengurus pasukan, pegawai dan urus setia membabitkan 684 orang.

Wan Zikri berkata, antara sukan yang konsisten menyumbang pingat emas buat kontinjen Perlis ialah angkat berat, silat, taekwondo, sepak takraw, berbasikal dan olahraga.

“Sukan yang dijangka melakukan kejutan meraih emas pula adalah seperti boling padang, memanah, wushu dan petanque.

“Motivasi terkuat para atlet adalah untuk mencipta sejarah baharu buat Perlis,” katanya.-UTUSAN

The post Perlis tawar satu emas RM15,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved