Intel merupakan salah satu daripada segelintir kecil syarikat yang bukan sahaja merekacipta rekaan cip semikonduktor, tetapi juga menghasilkan komponen-komponen tersebut melalui kilang fabrikasi mereka sendiri. Siri cip pemprosesan Intel Core Ultra 300 “Panther Lake” dan siri cip pusat data Intel Xeon 6+ Clearwater Forest sebagai contoh telah dibina menghasilkan proses pengilangan cip Intel 18A ( proses1.8nm).
Pada penghujung tahun ini, siri cip pemprosesan kelas desktop Intel Nova Lake-S akan dilancarkan, dan jangkaannya ialah sebahagian daripadanya akan dibina menggunakan proses pengeluaran cip terbaru Intel 14A dengan bantuan proses 2nm TSMC.
Harapan Intel ialah untuk proses Intel 14A ini akan membolehkan mereka untuk bukan sahaja menghasilkan cip semikonduktor mereka sendiri, tetapi membolehkan mereka mula menghasilkan komponen cip semikonduktor berkuasa untuk pelanggan-pelanggan lain juga./

Proses pengilangan cip semikonduktor Intel 14A dijangka akan mula beroperasi pada skala besar bermula tahun hadapan, tetapi untuk menampung permintaan pelanggan luar, Intel telah mula menjual saham syarikat untuk meraih wang pelaburan untuk membina kapasiti pengilangan yang lebih besar.
Intel dilaporkan menjual 210,526,315 saham pada harga $950 setiap satu dan jangkaannya ialah mereka akan meraih sebanyak $19.7 bilion dan ini akan membantu mereka untuk membangunkan kilang-kilang baru atau menyiapkan infrastruktur pengilangan sedia ada di Amerika Syarikat.
Intel juga secara teknikalnya tidak mendedahkan apakah dana ini akan digunakan, tetapi ia bukan satu rahsia bahawa Intel kini sedang mengejar TSMC untuk menjadi pengeluar cip semikonduktor yang termasyhur di dunia. Intel juga mempunyai beberapa kilang pengeluaran semikonduktor yang perlu dibina dan disiapkan, dan proses Intel 14A nampaknya merupakan peluang keemasan Intel untuk kembali menjadi syarikat cip semikonduktor tersohor.
Sumber: Bloomberg






