IPO Impact Capital terlebih langgan 139.69 kali, terima permohonan saham RM742.84 juta

LocalBusiness & Finance
12 Nov 2026 • 5:04 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

IPO Impact Capital terlebih langgan 139.69 kali, terima permohonan saham RM742.84 juta Image from: IPO Impact Capital terlebih langgan 139.69 kali, terima permohonan saham RM742.84 juta sarah12/11/2026 - 17:04 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 12 Nov - Tawaran awam permulaan (IPO) Impact Capital Holdings Berhad mendapat sambutan menggalakkan apabila terlebih langgan sebanyak 139.69 kali, dengan permohonan saham bernilai RM742.84 juta diterima menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Menurut pemakluman Public Investment Bank Berhad kepada Bursa Malaysia hari ini, sebanyak 15,203 permohonan diterima bagi 3.38 bilion saham, jauh mengatasi 24 juta saham yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia.

 

Bagi kategori Bumiputera, sebanyak 8,020 permohonan diterima untuk 1.63 bilion saham, mewakili kadar terlebih langgan sebanyak 135.15 kali, manakala kategori awam lain mencatatkan 7,183 permohonan bagi 1.74 bilion saham dengan kadar terlebih langgan 144.23 kali.

 

Pada harga tawaran 22 sen sesaham, nilai keseluruhan permohonan yang diterima daripada orang awam mencecah RM742.84 juta, mencerminkan permintaan tinggi terhadap saham syarikat itu menjelang penyenaraian.

 

Hanya 4,688 pemohon berjaya memperoleh saham

Berdasarkan keputusan pengundian, sebanyak 2,502 pemohon Bumiputera berjaya memperoleh 12 juta saham yang diperuntukkan kepada kategori tersebut, manakala 2,186 pemohon awam lain menerima baki 12 juta saham.

 

Secara keseluruhan, hanya 4,688 daripada 15,203 permohonan awam berjaya memperoleh saham, bersamaan kira-kira 30.84% daripada jumlah permohonan yang diterima.

 

Sementara itu, sebanyak 16 juta saham yang diperuntukkan kepada individu layak telah dilanggan sepenuhnya, menunjukkan semua saham dalam kategori berkenaan berjaya diagihkan.

 

Penempatan saham kepada 19 pelabur terpilih

Bagi penempatan persendirian, sebanyak 85.31 juta saham IPO telah diagihkan sepenuhnya kepada 19 pelabur terpilih, merangkumi 56.69 juta saham terbitan baharu dan 28.62 juta saham tawaran.

 

Daripada jumlah tersebut, lima pelabur terbesar menerima 50.3 juta saham atau 58.96% daripada keseluruhan saham penempatan, manakala 10 pelabur terbesar memperoleh 74.8 juta saham atau 87.68%.

 

Impact Capital turut memaklumkan bahawa tiada pelabur yang menerima saham melalui penempatan persendirian menjadi pemegang saham utama syarikat susulan IPO berkenaan, berdasarkan modal saham diperbesarkan sebanyak 480 juta saham selepas penyenaraian. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved