IPO Pasaran ACE: SKA Capital meterai perjanjian taja jamin dengan TA Securities

LocalBusiness & Finance
5 Oct 2026 • 3:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

IPO Pasaran ACE: SKA Capital meterai perjanjian taja jamin dengan TA Securities Image from: IPO Pasaran ACE: SKA Capital meterai perjanjian taja jamin dengan TA Securities amree05/10/2026 - 15:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 Okt – Penyedia rumusan kejuruteraan infrastruktur tenaga, SKA Capital Berhad memeterai perjanjian taja jamin dengan TA Securities Holdings Berhad bagi merealisasikan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Langkah strategik ini bakal menyaksikan syarikat berkenaan melonjak ke fasa pertumbuhan yang seterusnya, didorong oleh peningkatan mendadak permintaan elektrik negara serta kepesatan pembangunan pusat data (DC) di Malaysia.

 

Kumpulan ini melalui anak syarikatnya, SKA Rekabina dan Reltency Engineering terlibat dalam perkhidmatan kejuruteraan pencawang, kejuruteraan utiliti bawah tanah, serta perdagangan peranti elektrik dan bahan binaan.

 

"Berbekalkan pengalaman operasi selama 17 tahun, SKA Capital memegang kredibiliti kukuh sebagai kontraktor Gred G7 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan vendor berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya dalam kenyataan.

 

Di samping itu jelasnya, kumpulan berkenaan juga berdaftar di bawah Kementerian Kewangan (MoF) bagi peluang perolehan pelbagai tender kerajaan, selain memegang lesen kontraktor elektrik Kelas A daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

 

Dalam pelaksanaan IPO ini, TA Securities bertindak sebagai penasihat utama, penaja, penaja jamin, dan ejen penempatan bagi cadangan penyenaraian saham syarikat tersebut.

 

SKA Capital_DagangNews2026

 

Ia merangkumi terbitan awam sebanyak 168.07 juta saham biasa baharu yang diagihkan kepada orang awam, pengarah, pekerja layak, serta pelabur Bumiputera yang diluluskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

 

Selain itu tambah SKA Capital, tawaran jualan sebanyak 72.40 juta saham yang sedia ada turut diperuntukkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

 

Di bawah perjanjian yang dimeterai, TA Securities akan menaja jamin sebanyak 53.73 juta saham terbitan dengan dikhaskan untuk orang awam Malaysia dan individu berkelayakan.

 

Pengarah Urusan SKA Capital, Datuk Subas Kumar Ambairam berkata, dana daripada IPO ini akan memperkukuh kedudukan kewangan kumpulan bagi membolehkan mereka membida projek berskala lebih besar.

 

Ketua Kewangan Korporat TA Securities, Ku Mun Fong pula menegaskan, kepakaran SKA Capital yang diiktiraf TNB meletakkan kumpulan itu pada kedudukan terbaik untuk menyokong pemodenan grid tenaga negara masa depan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved