Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel

LocalCars
28 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel

3.-Getting-ready-for-the-send-off.JPG

Dua unit trak pikap Isuzu D-Max 2.2L baharu berjaya menyempurnakan cabaran D-Max One Tank, One Nation Challenge tanpa perlu membuat sebarang isian semula bahan api sepanjang laluan sejauh 1,756km. 

34.-One-loop-around-the-country.JPG

Sebagai membuktikan keupayaan enjin diesel turbo 2.2 liter baharu ini, satu perjalanan mengelilingi Semenanjung Malaysia telah dimulakan pada Isnin, 17 Ogos 2026 dari Balakong, Selangor

Ujian Realistik Di Jalan Raya Malaysia

11.-Taking-the-coastal-road-north.JPG15.-Heading-to-the-northern-tip.JPG

Perjalanan tersebut melibatkan persinggahan di pelbagai lokasi seperti di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak sebelum kembali semula ke Selangor.

Sepanjang perjalanan tersebut, D-MAX yang terlibat telah melakukan 10 hentian di lokasi pengedar Isuzu sebelum tiba di destinasi akhir di Pusat 3S Isuzu Jinjang, Kuala Lumpur pada Sabtu 22 Ogos 2026.

Lebih menakjubkan, sebaik tiba di destinasi akhir di Pusat 3S Isuzu Jinjang, kedua-dua kenderaan masih mempunyai baki diesel untuk meneruskan pemanduan sehingga ke Melaka, walaupun selepas menamatkan perjalanan yang mencatatkan jarak keseluruhan 1,756 km — melalui jalur lebuh raya, jalan utama dan juga merentasi kawasan pergunungan melalui East-West Link dari Jeli ke Gerik.

20.-Made-it-over-the-mountains.JPG

Ketua Pegawai Operasi Kenderaan Komersial Ringan Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo menegaskan ujian terbuka ini mengesahkan keupayaan sebenar D-Max sebagai kenderaan cekap tenaga paling ideal untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.

Prestasi Enjin RZ4F-TC 2.2L & Transmisi 8-Kelajuan

Enjin RZ4F-TC 2.2L baharu yang menggerakkan Isuzu D-MAX terbaharu ini merupakan enjin terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang sejarah syarikat setakatini, yang merangkumi kecemerlangan dari pelbagai aspek termasuk prestasi, kehalusan buatan, ketahanan, kebolehpercayaan dan juga kecekapan.

Trak pikap ini dikuasakan oleh enjin RZ4F-TC 2.2L generasi baharu yang digandingkan bersama transmisi automatik 8-kelajuan. Kombinasi ini menawarkan penghantaran kuasa yang lebih lancar dan kehalusan buatan yang tinggi.

Varian 4x2 Auto Plus Cipta Kelebihan Penjimatan

26.-Warm-day-in-Ipoh.JPG

Selain varian 4x4 Auto Premium, Isuzu turut mempertaruhkan varian 4x2 Auto Plus baharu. Pengguguran sistem pacuan empat roda pada varian ini berjaya mengurangkan berat kenderaan sebanyak 80kg.

Pengurangan berat ini sekali gus memberi kelebihan daya seretan yang lebih rendah, menjadikan Isuzu D-Max 2.2L 4x2 pilihan paling menjimatkan untuk pemanduan ulang-alik bandar dan perjalanan jarak jauh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved