Jabatan Penjara di fasa akhir gubal peraturan tahanan rumah – Saifuddin Nasution

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 8:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Jabatan Penjara di fasa akhir gubal peraturan tahanan rumah – Saifuddin Nasution

Jabatan Penjara Malaysia kini di fasa akhir menggubal peraturan dan syarat bagi pelaksanaan tahanan di rumah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

JERTIH: Jabatan Penjara Malaysia kini di fasa akhir menggubal peraturan dan syarat bagi pelaksanaan tahanan di rumah, susulan keputusan pengampunan bersyarat yang membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu sedang diusahakan susulan surat daripada Urus Setia Lembaga Pengampunan yang membolehkan Jabatan Penjara Malaysia menetapkan syarat bagi pelaksanaan tahanan di rumah berkenaan.

“Jabatan Penjara Malaysia sedang di fasa akhir, sedang menggubalnya. Negara kita tidak pernah ada (tahanan di rumah) sebelum ini tetapi tiba-tiba ada… Dalam surat Urus Setia Lembaga Pengampunan kepada Jabatan Penjara Malaysia, disebut Jabatan Penjara Malaysia bolehlah mengadakan apa-apa syarat.

“Jadi, tugas kami (Jabatan Penjara Malaysia) ialah untuk membangunkan satu set peraturan yang sekarang sedang diusahakan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Felda Tenang di sini hari ini.

Saifuddin Nasution bagaimanapun berkata Najib masih berada di Penjara Kajang kerana belum menjelaskan denda RM50 juta yang ditetapkan sebagai satu daripada syarat bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah.

Bulan lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Baru-baru ini, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata anak guamnya itu akan menghabiskan baki hukuman penjara bagi kes SRC International bersama keluarga di kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur menerusi perintah tahanan di rumah yang diterima daripada Sultan Ibrahim.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved