Jaga solat, kita ahli syurga pesan Allahyarham Cik Man – Amir Raja Lawak

LocalEntertainment
6 Aug 2026 • 3:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jaga solat, kita ahli syurga pesan Allahyarham Cik Man – Amir Raja Lawak

TANAH MERAH – Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak menyifatkan Allahyarham Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man, 67, merupakan seorang yang sangat baik dan sering memberi nasihat walaupun ketika berjenaka.

Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 37, berkata, kehilangan Allahyarham juga sangat dirasai termasuk insan atau rakan artis yang mengenalinya di negara ini.

Katanya, walaupun jarang berjumpa, dia sentiasa mengikuti perkembangan Allahyarham menerusi rakan-rakan terdekat.

“Saya lihat Allahyarham sering kali bercakap dengan nada lawak, tetapi menyelitkankan bab keagamaan selain pernah berpesan ‘jaga solat, kita ahli syurga’.

“Allahyarham juga merupakan kawan sekolah arwah ayah saya dan mereka mengenali antara sama lain suatu kerana tinggal di Tanah Merah,”katanya ketika ditemui ketika upacara pengebumian Allahyarham Kamarool di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gual Petai Lima di sini hari ini.

Amir memberitahu, selepas mengetahui arwah sakit, dia bergegas ke Hospital Tanah Merah untuk berjumpa dengannya, namun dia disahkan sudah meninggal dunia.

Katanya, Allahyarham juga merupakan orang seni dan pernah membaca puisi ketika era 80-an.

“Allahyarham juga menjadikan Mior Hashim Manap dan Nasir Jani sebagai idola. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

The post Jaga solat, kita ahli syurga pesan Allahyarham Cik Man – Amir Raja Lawak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved