Jaket RRL Rais Yatim di mahkamah curi perhatian

LocalMen's Fashion
25 Sep 2026 • 11:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jaket RRL Rais Yatim di mahkamah curi perhatian

MELAKA – Penampilan bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini mencuri perhatian pengguna media sosial.

Rais dilihat mengenakan jaket Ralph Lauren Limited-Edition RRL Patchwork Overshirt yang tampil dengan rekaan ‘patchwork’ atau tampalan fabrik, butang bermotif bintang serta potongan ‘oversize’.

Jaket berkenaan mengetengahkan elemen vintaj dan inspirasi pakaian ketenteraan menerusi gabungan tekstur fabrik serta rekaan klasik yang tersendiri.

Penampilan beliau itu turut menjadi perhatian di platform Threads apabila beberapa pengguna berkongsi pandangan mengenai jaket berkenaan.

Seorang pengguna yang mengguna nama byjasonng memberitahu jaket tersebut merupakan keluaran terhad Ralph Lauren RRL yang tidak lagi dijual, selain memaklumkan jenama berkenaan hanya menghasilkan 500 unit.

Pengguna danial.al.hakeemi pula memberitahu jaket tersebut kini sukar diperoleh selepas habis dijual di beberapa platform.

“Stail baju Rais Yatim, Ralph Lauren Limited Edition. Sebelum diskaun RM3,500, lepas diskaun RM2,500. Ok la mampu milik.” tulis bro.leman.

Rata-rata pengguna media sosial di Instagram turut memuji rekaan jaket tersebut selain menyifatkan Rais mempunyai cita rasa tersendiri dalam pemilihan fesyen.

Terdahulu, Rais yang berusia 84 tahun hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama.

Mengikut pertuduhan beliau didakwa telah menyebut perkataan menghasut berkaitan pemasyhuran Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 kira-kira pukul 1 petang di sebuah hotel di Alor Gajah pada 5 Jun lalu.

Rais yang juga Pengerusi Parti Wawasan Negara bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada tarikh 27 Oktober depan.-KOSMO! ONLINE

The post Jaket RRL Rais Yatim di mahkamah curi perhatian appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved