Negeri Sembilan teliti cadangan wujud jawatan timbalan Exco

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 10:56 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Negeri Sembilan teliti cadangan wujud jawatan timbalan Exco

SEREMBAN: Mewujudkan jawatan timbalan Exco antara perkara akan dipertimbangkan bagi memperkukuhkan pentadbiran kerajaan negeri yang akan dibentuk.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, secara keseluruhannya jawatan itu akan diisi dengan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk parti komponen Perikatan Nasional (PN) iaitu Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Menurutnya, perkara itu bagi lebih ramai wakil rakyat diberikan peranan dalam pentadbiran negeri namun memaklumkan ia masih di peringkat penelitian.

“Kemungkinan kami juga akan melantik timbalan Exco. Perkara itu sedang difikirkan.

“Kita mungkin tidak dapat menempatkan semua wakil rakyat dalam barisan Exco, jadi kita sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan jawatan timbalan Exco bagi beberapa portfolio yang saya fikirkan penting,” katanya ketika ditemui di Wisma Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, senarai barisan Exco negeri dijangka dimuktamadkan seawal Jumaat ini atau pada Isnin minggu hadapan.

Ia selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir serta dipersetujui oleh parti-parti dalam kerajaan negeri baharu.

Mengulas mengenai jawatan Exco Kanan, beliau berkata, walaupun terdapat peruntukan bagi jawatan itu, kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan sama ada akan melantiknya atau sebaliknya.

“Tidak semestinya perlu ada Exco Kanan. Kani belum putuskan lagi,” katanya. – UTUSAN

The post Negeri Sembilan teliti cadangan wujud jawatan timbalan Exco appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved