Kuala Selangor, Putrajaya antara 11 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat

LocalEnvironment
12 Aug 2026 • 11:34 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kuala Selangor, Putrajaya antara 11 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat

SHAH ALAM, 12 OGOS: Putrajaya dan Kuala Selangor antara 11 kawasan di seluruh negara merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan bacaan 120 dan 102 setakat jam 11 pagi ini.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS),

IPD Serian di Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 197.

Turut mencatatkan bacaan tidak sihat di Sarawak ialah Kuching 174, Samarahan (173), Sarikei (161), Sri Aman (158), Bintulu (156), Samalaju (153), Sibu (151) dan Miri (150).

Sementara itu, 51 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100) dan empat kawasan mencatatkan tahap kualiti udara baik (bawah 50).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300, berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved