Jie Yi pecah rekod, raih emas kedua

19 Aug 2026 • 1:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jie Yi pecah rekod, raih emas kedua

SERDANG: Percaturan atlet Wilayah Persekutuan, Chen Jie Yi untuk beraksi dalam acara 10,000 meter (m) wanita membuahkan hasil apabila bukan sahaja berjaya meraih pingat emas, malah turut memecahkan rekod temasya dalam saingan di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Atlet berusia 20 tahun itu tampil cemerlang apabila mencatat masa 39 minit 47.28 saat (s) untuk memperbaharui rekod temasya milik atlet Selangor, Eshter Joy iaitu 40:37.98s yang dilakukan pada temasya SUKMA Sarawak, dua tahun lalu.

Pingat perak menjadi milik atlet Selangor, Shayathiri Ratnam yang merekodkan masa 41:30.79s, manakala Efyna Ares Lizod melengkapkan podium dengan catatan 42:05.17s.

Chen berkata, dia sememangnya mengharapkan emas, namun tidak mahu terlalu memikirkan keputusan sebelum perlumbaan bermula.

“Saya memang mengharapkan emas, tetapi sebelum perlumbaan saya tidak begitu pasti apa yang perlu dijangka. Jadi saya hanya mahu lihat bagaimana atlet lain memulakan perlumbaan.

“Pada pusingan pertama, tiada siapa mahu mendahului dan rentak agak perlahan.

“Selepas itu saya mengambil keputusan untuk berada di hadapan dan mengekalkan rentak berdasarkan kemampuan sendiri sebelum meningkatkan kelajuan pada penghujung perlumbaan,” katanya yang turut meraih emas dalam acara 1,500m semalam.

Dalam pada itu, Jie Yi turut menyimpan cita-cita untuk mewakili negara pada Sukan SEA 2027 sekiranya dia diberikan peluang.

“Ia pastinya sesuatu yang menakjubkan jika dapat beraksi di Sukan SEA. Saya tidak begitu tahu mengenai proses pemilihan, tetapi saya sangat berharap dapat diberikan peluang,” katanya. – UTUSAN

The post Jie Yi pecah rekod, raih emas kedua appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved