Jurulatih bebas kanser, Nur Alissa hadiahkan emas

19 Aug 2026 • 8:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jurulatih bebas kanser, Nur Alissa hadiahkan emas

KAJANG: Kehadiran jurulatih memberi tenaga tambahan kepada atlet angkat berat Terengganu, Nur Alissa Sofea Mohamad Nor Wardi yang memenangi emas angkat berat kategori 86 kilogram (kg) Sukan Malaysia (SUKMA), hari ini.

Dua tahun lalu, jurulatihnya, Muhammad Amirul Hisham tidak dapat bersama-sama Nur Alissa ke Sarawak apabila disahkan mengidap kanser limfoma, sebulan sebelum kejohanan bermula.

Bagaimanapun, aturan pada edisi kali ini nyata berpihak kepada Nur Alissa apabila Muhammad Amirul disahkan bebas daripada kanser, juga sebulan sebelum penganjuran SUKMA Selangor 2026.

“Saya ikut program yang jurulatih beri, selepas latihan, saya sambung buat latihan untuk bina otot. Makan pun saya lebihkan protein, kalau makan, saya kurangkan nasi dan lebihkan ayam, telur dan perbanyakan sayur.

“Saya percaya kata-kata jurulatih, kalau jurulatih kata boleh, saya pun percaya saya mampu melakukannya. Saya nak balas balik jasa jurulatih saya yang sudah banyak membantu saya.

Image from: Jurulatih bebas kanser, Nur Alissa hadiahkan emas

“Sebelum ini (edisi Sarawak) saya tidak tahu jurulatih boleh pergi atau tidak, namun kali ini sah dia ada bersama saya,” katanya.

Sepanjang tempoh dua tahun, Muhammad Amirul terpaksa memohon bantuan daripada jurulatih lain untuk ‘menjaga’ Nur Alissa mengikut program yang sudah diatur.

Mengulas lanjut, Nur Alissa mengakui tercabar dengan kejayaan adiknya, Nur Arissya Nadia yang meraih pingat perak dalam acara 48kg, Ahad lalu.

“Saya rasa tercabarlah dengan adik. Adik dapat perak, saya kena emaslah,” katanya.-UTUSAN

The post Jurulatih bebas kanser, Nur Alissa hadiahkan emas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved