JIM siasat kenderaan guna logo jabatan dipandu warga asing

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 10:42 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: JIM siasat kenderaan guna logo jabatan dipandu warga asing

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) menjalankan siasatan berhubung penggunaan logo jabatan pada sebuah kenderaan yang tular di media sosial dan dipandu seorang individu warga asing.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, hasil semakan awal mendapati kenderaan berkenaan bukan milik atau aset rasmi JIM.

“JIM memandang serius penggunaan logo jabatan pada kenderaan tersebut kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan salah tanggapan dalam kalangan masyarakat.

“Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terlibat serta tujuan penggunaan logo JIM pada kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zakaria, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa sekiranya terdapat sebarang pelanggaran. – KOSMO! ONLINE

The post JIM siasat kenderaan guna logo jabatan dipandu warga asing appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved