Kenderaan guna logo Imigresen milik syarikat import, eksport

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 7:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kenderaan guna logo Imigresen milik syarikat import, eksport

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengesan pemilik sebuah kenderaan milik syarikat import dan eksport warga Pakistan yang tular kerana menggunakan logo jabatan berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, semakan mendapati syarikat berkenaan menjalankan perniagaan import dan eksport barangan kecantikan, pakaian serta barangan am.

Bagaimanapun, katanya, identiti individu yang memandu kenderaan tersebut masih belum dikenal pasti.

“Kenderaan yang tular itu kami telah kesan pemiliknya, namun individu yang memandunya masih belum dikenal pasti.

“Semakan terhadap pemilik kenderaan mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, JIM memaklumkan sedang menjalankan siasatan berhubung penggunaan logo jabatan pada sebuah kenderaan yang tular di media sosial dan dipandu seorang warga asing.

Hasil semakan awal mendapati kenderaan berkenaan bukan milik atau aset rasmi JIM.

Penggunaan logo JIM pada kenderaan berkenaan dipandang serius kerana boleh menimbulkan kekeliruan serta tanggapan salah dalam kalangan masyarakat.

JIM turut menegaskan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya siasatan mendapati berlaku sebarang pelanggaran.

Jabatan itu juga memaklumkan tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan logo atau identiti jabatan yang boleh mengelirukan orang ramai atau menjejaskan imej serta integriti jabatan. –UTUSAN

The post Kenderaan guna logo Imigresen milik syarikat import, eksport appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved