Jojo tutup mulut pengkritik

18 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jojo tutup mulut pengkritik

JAGUH muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar menutup mulut pengkritik yang memperlekeh keupayaannya apabila bangkit menebus kekalahan dengan menundukkan bintang Colombia, Diego Paez menerusi keputusan sebulat suara pada aksi ulangan pada The Inner Circle 35, malam kelmarin.

Johan yang lebih dikenali sebagai Jojo berkata, kritikan yang diterimanya ketika berada dalam keadaan sukar dan lebih mengecewakan apabila sebahagian tomahan yang dilemparkan kepadanya datang daripada masyarakat sendiri.

“Selepas pertarungan pertama dengan Diego, saya menerima begitu banyak kecaman. Orang ramai begitu cepat menjatuhkan saya ketika saya sedang berada di bawah dan menyakiti saya ketika saya sendiri sedang terluka.

“Bahagian paling teruk ialah kebanyakan kecaman itu datang daripada orang saya sendiri,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial semalam.

Bagaimanapun, petarung berusia 19 tahun itu tidak membiarkan kekalahan berkenaan menjadi penghalang apabila kembali berdepan Paez yang menyaksikan dia meraih kemenangan selepas tiga pusingan sengit.

Jojo turut berkongsi bahawa sepanjang berdepan situasi sukar itu, dia tetap mempunyai keyakinan untuk meneruskan perjalanan dalam sukan tersebut.

“Jika Tuhan tidak memberikan apa yang anda inginkan, Dia akan memberikan sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Dalam hantaran sama, Jojo turut menghargai peminat yang terus memberikan sokongan kepadanya serta pasukan yang sentiasa berada di belakangnya sepanjang perjalanan kariernya dan mengakui sokongan tersebut amat bermakna, terutama ketika berdepan kekalahan.

“Terima kasih kepada peminat setia yang menyokong saya walau apa pun yang berlaku. Terima kasih juga kepada pasukan saya yang luar biasa. Saya amat menghargai anda semua. Terus percaya kepada proses,” ujarnya.

The post Jojo tutup mulut pengkritik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved