Sukma 2026: Dulu takut, kini juara

19 Aug 2026 • 4:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukma 2026: Dulu takut, kini juara

 

KAJANG – Rasa takut terhadap ketegasan jurulatih menjadi titik tolak kepada kejayaan Qisvena Abdullah yang menyumbangkan pingat emas pertama buat kontinjen Johor dalam saingan angkat berat Sukan Malaysia (Sukma) 2026.

Dalam aksi kategori 77 kilogram (kg) di Dewan Seri Cempaka MPKJ, hari ini, Qisvena merekodkan jumlah angkatan 180kg, masing-masing 75kg pada saingan snatch dan 105kg clean & jerk.

“Yang mendorong saya ke sukan angkat berat sememangnya jurulatih saya (Nur Shahida Abd Halim). Daripada saya tidak reti apa-apa, dia yang ambil saya naik motor.

“Sebab kalau secara jujurnya saya takut dengan jurulatih saya. Jadi masa mula-mula masuk saya memang nak keluar tetapi saya takut kerana jurulatih saya garang.

“Saya tahan diri saya sampailah saya menang gangsa masa Sukma 2022, jadi saya rasa saya kena teruskan, saya rasa saya boleh dalam sukan ni,” katanya.

Pingat perak dimenang wakil Pahang, Wardina Husna Abdullah yang melakukan angkatan keseluruhan 175kg (74kg, 101kg) manakala Balqis Syakirah Badrol Hisham dari Perak raih gangsa dengan angkatan keseluruhan 173kg (83kg, 90kg).

Mengulas lanjut, Qisvena menjelaskan dia tidak rela dilabel melakukan kerja sia-sia dan nekad untuk meraih emas pada penampilan kali ini sekali gus perbaiki pencapaian dua tahun lalu, sekadar raih perak dalam kategori 64kg.

“Bukanlah kerana terpaksa (main angkat berat), tetapi sebab kita tidak mahu hampakan harapan seseorang, jadi kita terus berjuang.

“Dengan ganjaran RM10,000 daripada MSNJ (Majlis Sukan Negeri Johor), itu yang saya nekad untuk menang terutamanya saya sudah mulakan latihan sejak Mac lalu.

“Sebab saya sambung belajar, saya kena berlatih seorang diri di UiTM Segamat tanpa jurulatih dan atlet lain. Kalau saya sia-siakan harapan kali terakhir saya ini, macam tidak ada apa-apalah, saya rasa (usaha sebelum ini) tidak guna,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Sukma 2026: Dulu takut, kini juara appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved