Tunggu tawaran, Amir Raja Lawak masih semangat mahu berlakon

Entertainment
13 Aug 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tunggu tawaran, Amir Raja Lawak masih semangat mahu berlakon

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak, menegaskan dia masih bersemangat untuk berlakon dan berharap pihak produksi tidak melupakan dirinya jika ada watak yang sesuai untuk ditawarkan.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 37, berkata, dia mengakui rezeki lakonannya pada tahun ini sedikit berkurangan berbanding sebelum ini.

Katanya, memandangkan jadual lakonannya agak terluang ketika ini, dia terbuka menerima apa sahaja watak yang dirasakan padan dengan kebolehannya.

“Tahun ini Alhamdulillah, ada penggambaran cuma tidak banyak. Saya harap pihak produksi tidak melupakan saya dan panggil saya jika ada watak yang sesuai.

“Saya memang bersemangat untuk berlakon, lagipun saya tidak pernah menyusahkan pasukan produksi, sentiasa tepati masa dan tidak pernah biarkan kru menunggu saya datang lewat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Ditanya sama ada pernah mengalami situasi pelakon datang lambat ke set, Amir bersyukur kerana sepanjang penglibatannya dalam industri, dia tidak pernah berdepan situasi sedemikian.

Dalam pada itu, bagi Amir, soal bayaran bukanlah satu halangan besar kerana yakin pihak produksi sentiasa bertimbang rasa dan tahu kadar harga yang ditetapkan olehnya.

“Setakat ini, tidak pernah lagi saya berdepan situasi artis datang lewat. Tetapi saya selalu bergaul dengan artis lama, mereka selalu tekankan perkara ini di mana lakonan boleh diperbetulkan kalau kurang pandai, tetapi yang penting masa sentiasa perlu ditepati.

“Saya terima tawaran dan soal bayaran saya tidak rasa mereka akan bayar tidak setimpal sebab setakat ini pun bayaran untuk saya Alhamdulilah okay, lagipun mereka semua tahu kadar harga saya dan benda boleh berbincang,” katanya.

The post Tunggu tawaran, Amir Raja Lawak masih semangat mahu berlakon appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved