‘Kami akan lakukan yang lebih baik’ – Fadhlina

Politics
14 Aug 2026 • 6:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Kami akan lakukan yang lebih baik’ – Fadhlina

MELAKA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu meyakinkan rakyat bahawa parti itu mampu bangkit dan berkhidmat dengan lebih baik selepas berdepan kekalahan dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) berturut-turut.

Ketua Wanita Keadilan, Fadhlina Sidek berkata, anggota parti tidak seharusnya terus dibelenggu kekecewaan, sebaliknya menjadikan keputusan pilihan raya sebagai pemangkin untuk memperbaiki kelemahan dan mengukuhkan keyakinan rakyat.

Menurut beliau, persoalan yang sering dibangkitkan rakyat mengenai kekalahan dan peluang PKR untuk kembali mencatat kemenangan perlu dijawab dengan penuh keyakinan.

“Apabila bertemu rakyat, mereka akan bertanya kenapa kita kalah, bila hendak menang dan bagaimana keadaan parti. Jawapan kita mudah, kita akan lakukan yang lebih baik,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Kongres Nasional Tahunan Wanita Keadilan Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Fadhlina berkata, anggota parti perlu kembali memperkukuh hubungan dengan rakyat menerusi pendekatan turun padang dan membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira musim pilihan raya.

Katanya, semangat kerja keras, kesetiaan dan keyakinan terhadap perjuangan parti perlu terus diperkasakan sebagai persediaan menghadapi cabaran politik akan datang.

“Lihat keadaan jiran dan masyarakat di sekeliling. Mungkin ada yang memerlukan bantuan. Itulah asas perjuangan kita bersama rakyat dan ia perlu dihidupkan semula.

“Teruskan kerja keras, setia dan yakin dengan perjuangan ini. Saya percaya kita mampu melakukan yang lebih baik. Persiapkan pasukan masing-masing,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan sasaran 30 peratus penyertaan wanita dalam politik tidak boleh sekadar menjadi slogan tanpa usaha melindungi golongan itu daripada kecaman, intimidasi dan diskriminasi.

“Itu sebenarnya yang menghalang 30 peratus. Wanita takut kerana berlaku semua intimidasi, diskriminasi yang menyebabkan mereka berfikir banyak kali untuk masuk ke dalam bidang politik,” katanya. – UTUSAN

The post ‘Kami akan lakukan yang lebih baik’ – Fadhlina appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved