“Kami mengaku terlalu emosi sampai aibkan Syafiq” – Syifa Melvin Mohon Maaf

EntertainmentLifestyle
17 Nov 2026 • 12:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syifa melvin ft

Personaliti media sosial, Syifa Melvin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kontroversi melibatkan keluarganya yang menjadi sorotan netizen beberapa hari ini.

Menerusi satu hantaran di Threads, Syifa mewakili keluarganya memohon maaf atas segala kekecohan yang berlaku. Mereka mengakui terlalu mengikut emosi sehingga melakukan siaran langsung dan turut mengaibkan bekas suami adiknya, Shafiq kepada orang ramai.

Dalam hantaran itu, Syifa yang juga isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Safawi Rasid turut menyampaikan permohonan maaf kepada Shafiq dan mengakui lelaki itu pernah menjadi sebahagian daripada keluarga mereka suatu ketika dahulu.

“Salam, rendah diri dan rendah hati kami mohon maaf atas apa yang jadi. Kami mengaku terlalu emosi sampai buat live sekaligus mengaibkan Shafiq.

“To Shafiq kami minta maaf, u were once family.

“To netizens, kami terima segala kecaman sebab this is price we have to pay. Semoga selepas ini yang indah-indah je untuk kita semua,” tulisnya.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: “Pengemis dalam company sendiri” – Syida Melvin Dedah Ditindas Suami Narsistik?

Terdahulu, nama keluarga Melvin menjadi bualan hangat selepas tular rakaman siaran langsung memaparkan Syida bersama adik-beradiknya meminta Syafiq meninggalkan rumah bagi membolehkannya kembali menetap bersama anak-anak.

Insiden tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen, lebih-lebih lagi apabila pertelingkahan itu disaksikan ribuan pengguna media sosial menerusi siaran langsung.

Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyida Amirol Melvin dan Syafiq dilaporkan bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved