Kapasiti buku tempahan HE Group hampiri maksimum, PublicInvest berwaspada prospek kumpulan

LocalBusiness & Finance
17 Aug 2026 • 9:20 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kapasiti buku tempahan HE Group hampiri maksimum, PublicInvest berwaspada prospek kumpulan Image from: Kapasiti buku tempahan HE Group hampiri maksimum, PublicInvest berwaspada prospek kumpulan amree17/08/2026 - 09:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 OgosHE Group Berhad berjaya meraih kerja pusat data (DC) bernilai RM47 juta di Johor, namun kapasiti buku tempahannya semakin mencecah hampiri paras maksimum iaitu RM400 juta.

 

Perkembangan tersebut menyebabkan Public Investment Bank (PublicInvest) kekal berhati-hati terhadap prospek kumpulan berkenaan, meskipun positif terhadap kejayaan pemerolehan tender terbaharu itu.

 

Menurut firma penyelidikan berkenaan, anak syarikat kumpulan itu, Hexatech Engineering Sdn Bhd, menerima surat hasrat (LOI) bagi membekal dan memasang kerja elektrik 275kV sebuah DC di Johor.

 

"Kami menjangka kontrak rasmi bagi projek ini dimuktamadkan dan ditandatangani pada suku ketiga 2026, selain memahami pihak pengurusan HE Group yakin mendapatkan kontrak tersebut," jelasnya.

 

Projek berkenaan ujar PublicInvest, diberi secara terus oleh pemilik DC itu sendiri bermula sebaik LOI diterima dan dijangka siap pada Januari 2027, membabitkan tempoh pelaksanaan selama enam bulan.

 

Dengan tambahan kerja baharu itu, buku tempahan terkumpulnya meningkat kepada RM320 juta, manakala buku tender kini mencecah sekitar RM850 juta dan masih didominasi projek berkaitan dengan DC.

 

HE Group_DagangNews2026

 

Kemenangan terbaharu tersebut menjadikan jumlah perolehan kontrak baharu HE Group setakat tahun ini sekitar RM250 juta, dan mendorong firma itu menaikkan sasaran pengisian semula buku tempahan FY26.

 

"Kami turut menaikkan unjuran pendapatan FY26 hingga FY28 masing-masing purata 11%, mencerminkan jangkaan penukaran buku tender kepada kontrak yang tinggi daripada jangkaan," kata PublicInvest.

 

Bagaimanapun, ia mengekalkan penarafan 'neutral' kerana buku tempahan semakin menghampiri kapasiti maksimum sekitar RM400 juta, sekali gus mengehadkan potensi pertumbuhan dari segi kontrak baharu.

 

Ujarnya, tumpuan HE Group kini beralih daripada mengisi semula buku tempahan kepada pelaksanaan projek, dengan disiplin pengurusan sumber secara berhemat yang dilihat menjadi semakin kritikal.

 

Antara cabaran perlu dipantau ialah persaingan sengit pekerja mahir, turun naik harga tembaga yang boleh memberi tekanan kepada margin serta keperluan baharu infrastruktur teknologi maklumat (IT).

 

"Susulan semakan unjuran pendapatan, kami menaikkan harga sasaran (TP) kepada 68 sen, berdasarkan gandaan 14 kali kepada anggaran pendapatan sesaham (EPS) FY27," jelas firma itu. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved