Kebebasan berkarya dan sensitiviti agama, mana perlu diutamakan?

LocalEntertainment
3 Sep 2026 • 8:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kebebasan berkarya dan sensitiviti agama, mana perlu diutamakan?
Drama ‘Madu atau Racun' yang disiarkan menerusi platform berbayar mencetuskan polemik.

KONTROVERSI drama 'Madu atau Racun' sekali lagi membuka perdebatan dalam industri kreatif negara mengenai sejauh mana kebebasan berkarya boleh diberikan ruang tanpa mengabaikan sensitiviti agama, budaya dan nilai masyarakat.

Drama yang disiarkan menerusi platform berbayar itu mencetuskan polemik susulan beberapa babak yang didakwa memaparkan elemen hubungan sesama jantina dengan reaksi terhadap kandungan tersebut kemudiannya berkembang daripada kecaman kepada perhatian pihak kerajaan dan industri kreatif.

Bagaimanapun, pengarah Eyra Rahman tampil mempertahankan karya berkenaan dengan menegaskan pihak produksi mengetahui batas yang perlu dipatuhi, selain meminta penonton melihat keseluruhan jalan cerita sebelum membuat penilaian.

Pada asasnya, kebebasan berkarya sememangnya penting kerana industri kreatif memerlukan ruang untuk bereksperimen, mengangkat realiti kehidupan dan menghasilkan karya yang mampu mencetuskan perbincangan.

Namun, kebebasan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai kebebasan mutlak tanpa mengambil kira konteks masyarakat yang menjadi penonton.

Apa yang perlu diterapkan selepas kontroversi ini bukan budaya menyekat kreativiti atau membiarkan penerbit menghasilkan apa sahaja atas nama kebebasan, sebaliknya industri memerlukan kebebasan yang disertai tanggungjawab.

Penerbit perlu lebih sensitif ketika menentukan kandungan, penggiat seni perlu memahami garis panduan, manakala penonton pula perlu menggunakan saluran sewajarnya untuk menyuarakan bantahan.

Ukuran kejayaan industri kreatif bukan sekadar keberanian menghasilkan kandungan kontroversi, tetapi kemampuan menghasilkan karya yang berani, berkualiti dan pada masa sama menghormati nilai masyarakat Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved