Kejohanan Bot Laju Dunia Kedah 2026 julung kali diadakan pada 5 hingga 7 November 2026

29 Oct 2026 • 3:31 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kejohanan Bot Laju Dunia Kedah 2026 julung kali diadakan pada 5 hingga 7 November 2026 Image from: Kejohanan Bot Laju Dunia Kedah 2026 julung kali diadakan pada 5 hingga 7 November 2026 johardy29/10/2026 - 15:31 Oleh Mohamad Iman editor@dagangnews.com

ALOR SETAR 29 Okt - Kedah bakal mencipta sejarah apabila menjadi lokasi pertama di Malaysia menganjurkan kejohanan bot laju bertaraf dunia di kawasan sungai menerusi Kejohanan Bot Laju Dunia Kedah 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 7 November ini.

 

Kejohanan yang akan berlangsung di Sungai Kedah berhampiran ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Ampang Jajar itu dijangka menarik lebih 5,000 pengunjung.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, setakat ini sebanyak 10 pasukan dan pelumba dari seluruh dunia telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan berkenaan.

 

Antara negara yang bakal mengambil bahagian ialah United Kingdom, New Zealand, Finland, Itali, China, Australia, Singapura dan Thailand selain Malaysia serta Hong Kong.

 

Menurut beliau, penganjuran kejohanan itu merupakan antara usaha kerajaan negeri memperkenalkan tarikan pelancongan baharu yang unik sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi yang dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat.

 

"Kita memiliki sungai yang indah dan ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memanfaatkannya bagi merancakkan lagi sektor pelancongan.

 

"Di Kedah, kita sentiasa berusaha untuk melaksanakan perkara-perkara baharu bagi memperhebatkan sektor pelancongan yang boleh mendatangkan manfaat serta limpahan ekonomi kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar di Muzium Negeri Kedah di sini, hari ini.


 

powerboat

 

Perlumbaan di sungai tawar cabaran berbeza

Sementara itu, Presiden Sukan Bot Laju Malaysia, Ezzat Mohd Tahir berkata, pemilihan Sungai Kedah sebagai lokasi kejohanan menawarkan cabaran unik dan teknikal kepada pelumba antarabangsa yang lazimnya beraksi di kawasan muara, tasik atau laut.

 

Menurutnya, keunikan perlumbaan di sungai menjadi antara faktor utama yang menarik minat pasukan dan pelumba luar negara untuk menyertai kejohanan tersebut.

 

"Faktor ini jugalah yang berjaya menarik kedatangan pasukan dan pelumba dari luar kerana kejohanan bot laju bertaraf dunia biasanya dianjurkan di muara, tasik atau laut.

 

"Disebabkan itu, kali ini cabarannya dianggap berbeza dan itu antara faktor yang menarik kedatangan pelumba-pelumba ini ke sini," katanya.


 

Xi

 

Ezzat berkata, kejohanan berkenaan turut memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan sendiri aksi perlumbaan bot laju bertaraf dunia yang berprestij dan mendebarkan.

 

"Buat mereka yang tidak pernah menyaksikan perlumbaan ini di depan mata, ini peluang anda untuk menyaksikan aksi perlumbaan yang berprestij dan mendebarkan.

 

"Saya harap kejohanan kali ini akan meninggalkan impak yang besar kepada negeri Kedah dan boleh dijadikan sebagai acara tahunan," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved