Pada tahun 2024, apabila Microsoft mula memperkenalkan kemaskini perkhidmatan AI Copilot kepada sistem operasi Windows 11, salah satu perubahan yang diperkenalkan kepada jenama-jenama pembuat komputer riba ialah untuk memperkenalkan kekunci khas CoPilot pada bahagian papan kekunci.
Kebanyakan pengeluar komputer riba telah menukar kekunci menu konteks ataupun Ctrl kepada kekunci Copilot yang akan mengaktifkan ciri tersebut dengan cepat. Baru-baru ini Microsoft telah membuat pengumuman mengatakan bahawa dalam satu kemaskini Windows 11 yang akan datang, pengguna akan boleh memprogramkan semula kekunci tersebut untuk mengaktifkan fungsi-fungsi lain.

Kelak, pengguna boleh ke menu Settings > Bluetooth & Devices > Keyboard untuk mengubahsuai tetapan kekunci tersebut ke fungsi lain seperti Ctrl, Shift dan lain-lain fungsi yang akan diperlihatkan kelak.

Penggunaan Copilot nampaknya tidak begitu popular walaupun fungsi tersebut terbina secara lalai, dengan pembangunan fungsi tersebut pada platform Xbox telah dihentikan kerana tidak memberi sebarang manfaat kepada pengguna.
Buat masa ini Microsoft belum memberitahu bilakah kemaskini ini akan tiba, tetapi oleh kerana pengumuman tersebut telah dibuat, jangkaannya ialah ia akan tiba semasa salah satu kemaskini besar sistem operasi Windows 11 tidak lama lagi.






