Kelantan bina 676 rumah percuma bernilai RM33.3 juta untuk rakyat miskin dan OKU

9 Sep 2026 • 3:08 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kelantan bina 676 rumah percuma bernilai RM33.3 juta untuk rakyat miskin dan OKU Image from: Kelantan bina 676 rumah percuma bernilai RM33.3 juta untuk rakyat miskin dan OKU liza09/09/2026 - 15:08 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Sept – Sebanyak 676 unit Rumah Dhuafa’ dibina secara percuma di seluruh Kelantan sepanjang 2020 hingga 2025 dengan kos keseluruhan RM33.31 juta bagi membantu golongan yang memerlukan.

 

Program berkenaan menyasarkan golongan yang memerlukan kediaman, khususnya mereka yang mempunyai tanah sendiri tetapi berdepan kekangan untuk membina rumah, selain keluarga yang terlalu ramai tinggal bersama dalam satu rumah.

 

Syarat utama permohonan Rumah Dhuafa’ ialah pemohon memiliki tanah sendiri dan mempunyai ahli keluarga yang ramai namun syarat berkenaan dikecualikan bagi golongan orang kurang upaya (OKU).

 

Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima peruntukan bagi membina empat unit Rumah Dhuafa’ setahun dengan kos RM65,000 bagi setiap unit.

 

Berdasarkan peruntukan itu, sebanyak 180 unit Rumah Dhuafa’ dibina setiap tahun di seluruh Kelantan sebagai salah satu usaha kerajaan negeri menyediakan kediaman yang lebih selesa kepada golongan yang layak.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata selain Rumah Dhuafa’, terdapat beberapa bentuk bantuan kediaman lain untuk golongan asnaf yang disediakan di negeri itu.

 

t
Rumah yang sedang dalam pembinaan

 

“Ini termasuk Rumah MAIK yang dibina oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang disediakan Kerajaan Persekutuan.

 

“Bagi Rumah SPNB pula, skim berkenaan melibatkan pinjaman dan bayaran ansuran bulanan dengan subsidi sebanyak 30% daripada nilai rumah. 

 

“Bagi jajahan Kuala Krai, usaha mencari tanah yang sesuai untuk pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) turut sedang dilaksanakan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas meninjau perkembangan pembinaan Rumah Dhuafa’ untuk penerima di Kampung Baru Pahi dan Kampung Hamzah di Kuala Krai.

 

Menurut beliau, antara penerima ialah Abe Mat Hussin @ Mohd Hussain Haron, 59, dan isterinya yang merupakan pasangan OKU serta hidup tanpa anak dan banyak bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sumbangan penduduk sekitar.

 

Rumah yang dibina untuk pasangan berkenaan di Kampung Baru Pahi itu kini sudah siap dicat dan hanya menunggu penyambungan bekalan air serta elektrik sebelum boleh diduduki.

 

Rumah berkenaan mempunyai satu bilik tidur, ruang tamu, dapur dan satu tandas yang memadai dan lebih selesa untuk pasangan tersebut tinggal berdua. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved