Keluhan pengunjung F1 di SIC perlu ditangani segera

3 Oct 2026 • 11:06 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Keluhan pengunjung F1 di SIC perlu ditangani segera

SEPANG – Isu barisan panjang, kelewatan bas perantara dan kesukaran mendapatkan kemudahan asas yang dibangkitkan pengunjung Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang mendapat perhatian Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu.

Beliau berkata, aduan yang tular dalam media sosial itu perlu dipandang serius khususnya menjelang kemuncak perlumbaan Formula 1 yang dijadual berlangsung esok.

“Antara perkara yang dicadangkan ialah penambahan kapasiti dan kekerapan bas di lokasi yang mengalami kesesakan, pengagihan bas secara dinamik mengikut kepadatan penumpang serta pengukuhan petugas kawalan barisan dan pengurusan orang ramai.

“Saya juga mencadangkan penambahbaikan papan tanda dan maklumat perjalanan, penyediaan air minuman serta kawasan teduh yang mencukupi, selain laluan keluar yang lebih selamat untuk pengunjung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tegas beliau, F1 bukan sekadar acara sukan bertaraf antarabangsa, malah membawa nama Sepang dan Malaysia ke pentas dunia. Jadi, perkara tersebut perlu segera diberi perhatian dan ditambah baik.

Kata beliau, fokus utama ketika ini adalah memastikan keselamatan, keselesaan dan pengalaman pengunjung sentiasa menjadi keutamaan tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak. – KOSMO! ONLINE

The post Keluhan pengunjung F1 di SIC perlu ditangani segera appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved