Kelulusan Secara Prinsip Pembangunan Lebuhraya Bertingkat Bandar Malaysia–Seri Kembangan (BSE)

27 Aug 2026 • 10:24 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Kelulusan Secara Prinsip Pembangunan Lebuhraya Bertingkat Bandar Malaysia–Seri Kembangan (BSE)
Imej oleh Kementerian Kerja Raya (KKR)

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri dalam mesyuarat baru-baru ini telah bersetuju memberikan kelulusan secara prinsip bagi cadangan pembangunan Lebuhraya Bertingkat Bandar Malaysia–Seri Kembangan (BSE), sebuah projek infra struktur strategik yang berpotensi memperkukuh rangkaian pengangkutan serta meningkatkan kesalinghubungan di kawasan Greater Kuala Lumpur.

2. Keputusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menye diakan infrastruktur berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada rakyat, me rangsang pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan daya saing negara secara mampan.

3. BSE dicadangkan sebagai laluan penghubung berkapasiti tinggi yang mengintegrasikan beberapa rangkaian lebuh raya utama, termasuk Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban, Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

serta rangkaian Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur (SPRINT) yang lebih luas.

4. Pembangunan lebuh raya bertingkat di sepanjang jajaran strategik ini berpo tensi menyediakan laluan alternatif kepada pengguna serta melancarkan pergerakan antara koridor utara, selatan dan pantai timur Semenanjung Malay sia. Kesalinghubungan yang lebih baik turut dijangka meningkatkan mobiliti rakyat, memperkukuh kecekapan logistik dan melancarkan pergerakan ba rangan.

5. Dari sudut kesejahteraan rakyat, BSE berpotensi mengurangkan masa perjal anan serta meningkatkan akses kepada pusat pekerjaan, institusi pendidikan dan perkhidmatan awam.

6. Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, pembangunan BSE bukan seka dar pembinaan sebuah lebuh raya baharu, tetapi merupakan pelaburan jangka panjang dalam memperkukuh kesalinghubungan, keterangkuman pem bangunan dan daya saing ekonomi negara.

7. Susulan kelulusan secara prinsip tersebut, Kementerian Kerja Raya (KKR) ber sama agensi-agensi berkaitan, termasuk Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), akan meneruskan rundingan dan penilaian terperinci bagi memuk tamadkan struktur pelaksanaan projek.

8. Kerajaan akan memastikan setiap aspek projek dinilai secara menyeluruh, khu susnya dari segi kepentingan awam, nilai terbaik kepada negara dan kemam panan fiskal, sebelum sebarang keputusan muktamad mengenai pelaksa naannya dibuat.

9. Cadangan pembangunan BSE juga berpandukan pendekatan pembiayaan sektor swasta, sekali gus memastikan pelaksanaannya tidak melibatkan komit men kewangan langsung daripada Kerajaan Persekutuan.

10.Pada masa yang sama, Kerajaan turut meneliti beberapa cadangan penyelesaian infrastruktur lain secara terpilih bagi melengkapkan rangkaian jalan raya dan menangani isu kesesakan lalu lintas di Lembah Klang. Ca dangan berkenaan akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan strategik, peningkatan kapasiti serta impak terhadap kelancaran trafik.

11.Kementerian Kerja Raya akan terus memastikan proses seterusnya dil aksanakan secara teliti, telus dan berteraskan kepentingan rakyat serta negara, selaras dengan komitmen Kerajaan untuk membangunkan sistem pengangku tan yang lebih cekap, bersepadu dan mampan demi menyokong pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved