Kem terjun negara tidak ketandusan bakat

22 Aug 2026 • 8:44 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kem terjun negara tidak ketandusan bakat

SHAH ALAM: Kem terjun negara tidak ketandusan bakat baharu apabila beberapa nama penerjun dilihat berpotensi menjadi pelapis kepada ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri.

Pengarah Teknikal Kem Terjun Negara, Yeoh Ken Nee berkata, beberapa nama yang dalam pemantauan kem terjun negara dilihat berpotensi menjadi antara prospek bagi menggantikan penerjun elit negara.

Bagaimanapun, Kee Nee yang juga bekas penerjun negara masih memantau persembahan secara keseluruhan atlet-atlet muda memandangkan acara terjun SUKMA masih lagi berjalan. 

“Kalau ada pun, kita boleh nampak untuk masa depan satu atau dua penerjun yang mempunyai potensi,” katanya ketika ditemui selepas final platform 10 meter wanita Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Dalam aksi final itu, atlet Sarawak, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj merangkul pingat emas selepas mengumpul 280.30 mata sementara atlet Wilayah Persekutuan, Lee Yiat Qing meraih perak dengan 273.5 mata, manakala gangsa diraih seorang lagi atlet Sarawak, Cecelia Olivia Christopher Leoneil dengan mengumpul 228.50 mata.

Ken Nee berkata, jurang antara penerjun elit dengan pelapis semakin melebar susulan beberapa faktor termasuk tempoh pandemik COVID-19 yang menjejaskan kesinambungan program pembangunan.

Katanya, situasi itu menyebabkan usaha melahirkan pengganti kepada Pandelela dan Nur Dhabitah mengambil masa, namun perkembangan memberikan petanda positif kepada masa depan acara platform wanita negara.

“Jurang daripada podium dengan pelapis memang besar. Banyak isu berlaku dalam beberapa tahun itu, termasuk pertukaran penerjun dan latihan yang tidak konsisten.

“Namun, Pandelela masih berada di tahap yang tinggi dan kita perlu memastikan pelapis terus berkembang,” katanya.-UTUSAN

The post Kem terjun negara tidak ketandusan bakat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved