Kemalangan roller coaster: Polis siasat elemen cuai, sabotaj

27 Aug 2026 • 1:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kemalangan roller coaster: Polis siasat elemen cuai, sabotaj
Polis menyiasat elemen cuai dan sabotaj susulan kes kemalangan roller coaster di sebuah taman tema di Subang Jaya. Gambar kecil: Shazeli

SHAH ALAM - Polis menyiasat elemen cuai dan sabotaj susulan kes kemalangan roller coaster di sebuah taman tema di Subang Jaya pada 22 Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan juga dijalankan dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor.

"Siasatan polis dijalankan bagi melihat sekiranya wujud elemen kecuaian atau sabotaj.

"Kita berkolaborasi bersama agensi terbabit (JBPM dan JKKP) dan duduk berbincang. Siasatan dijalankan mengikut bidang kuasa dan kemahiran masing-masing," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan dijalankan bagi menentukan punca sebenar insiden.

Tambahnya, setakat ini roller coaster terbabit telah ditutup buat sementara waktu sehingga siasatan selesai dijalankan.

"Keterangan petugas roller coaster, petugas taman tema, mangsa dan lain-lain telah direkodkan, tetapi kita masih berusaha mencari beberapa maklumat berkaitan," ujarnya.

Kata Shazeli, setakat ini dua mangsa masih menerima rawatan di hospital.

"Kecederaannya tidak serius...mangsa-mangsa lain ada yang telah pulang dan ada yang menerima rawatan pesakit luar," ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, 22 pengguna roller coaster terdiri daripada warga tempatan dan pelancong luar negara berusia 11 hingga 44 tahun sedang bermain permainan tersebut sebelum kemalangan berlaku.

Kemalangan menyebabkan 10 mangsa mengalami kecederaan dan telah dibawa ke pusat perubatan di sekitar Subang Jaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved