Kerajaan Selangor tunggu laporan teknikal polis berhubung insiden di taman tema

26 Aug 2026 • 7:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Kerajaan Selangor tunggu laporan teknikal polis berhubung insiden di taman tema

Kerajaan Negeri Selangor masih menunggu laporan teknikal polis berhubung insiden roller coaster di Sunway Lagoon yang mencederakan 10 pengunjung.

SEPANG: Pihak kerajaan negeri Selangor masih menunggu laporan teknikal berhubung insiden membabitkan permainan roller coaster di Taman Tema Sunway Lagoon pada Sabtu dan mengakibatkan 10 pengunjung cedera.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya sedang menunggu laporan teknikal daripada pihak polis selain akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden terbabit.

“Saya sedang menunggu laporan teknikal daripada pihak polis yang membuat siasatan menyeluruh terhadap insiden terbabit kerana polis telah mengambil alih tugas tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Insentif Haji Muassasah 2026 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil di Dewan Komuniti Putra Perdana dekat sikit hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 9 malam pada 22 Ogos itu, permainan roller coaster terbabit dilaporkan membawa 22 penumpang terdiri daripada pengunjung tempatan dan pelancong asing.

Insiden itu menyebabkan 10 pengunjung mengalami kecederaan dan telah mendapatkan rawatan di beberapa kemudahan perubatan di Subang Jaya dan kawasan sekitar, manakala tiada kematian dilaporkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved