![Image from: [KEMAS KINI] Tanah runtuh Paya Terubong: Suami maut, runtuhan libat struktur bilik tidur](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/35951bb2-efaf-4c37-9a2d-240c13772a05-1024x576.jpeg)
GEORGE TOWN – Kejadian tanah runtuh di Paya Terubong, Ayer Itam di sini, tadi yang mengorbankan seorang penghuni dikatakan melibatkan sebuah keluarga termasuk pasangan suami isteri.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, insiden runtuhan itu melibatkan sebahagian struktur bilik tidur kediaman Kelas A.
Bagaimanapun katanya, pihaknya sehingga kini masih mengenal pasti identiti kesemua mangsa yang terdiri satu pasangan suami isteri termasuk seorang lagi yang terlibat.
“Mangsa maut yang tertimbus dalam runtuhan itu merupakan lelaki yang juga suami kepada penguni berkenaan.
“Kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa sedang dijalankan di lokasi kejadian ketika ini,” katanya kepada Kosmo! di sini.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang penghuni maut manakala dua lagi terselamat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.
Mayat mangsa lelaki yang belum dikenal.pasti identiti itu ditemukan tertimbus di bawah runtuhan tanah,kira-kira pukul 9.10 pagi. -KOSMO! ONLINE
HABIS//
The post [KEMAS KINI] Tanah runtuh Paya Terubong: Suami maut, runtuhan libat struktur bilik tidur appeared first on Kosmo Online.






