Kemenangan di usia 72 tahun – Jalaludin Hassan

EntertainmentLifestyle
4 Oct 2026 • 12:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kemenangan di usia 72 tahun – Jalaludin Hassan

KUALA LUMPUR: Dinobatkan sebagai juara program Kilauan Emas Selebriti 2026, Datuk Jalaludin Hassan tidak menyangka kemenangan itu akan diraihnya pada usia 72 tahun.

Jalaludin berkata, perkara tersebut diibaratkan mimpi yang akhirnya yang bertukar realiti.

“Peluang ini bagaikan satu mimpi. Siapa sangka, di usia 72 tahun, saya berpeluang masuk pertandingan sebesar ini.

“Dan apabila menerima panggilan Astro awal dulu, saya ingatkan ditawarkan untuk menjadi juri. Namun tidak. Dan sayalah orang yang terakhir memberi keputusan sama ada untuk sertai atau tidak program ini.

“Inilah hasilnya. Tapi kami akan terus belajar. Peluang ini sangat bermakna untuk kami peserta,” katanya.

Naib juara program berkenaan disandang Datuk Ahmad Tarmimi Sarigar sementara Zila Bakarin berjaya menggondol tempat ketiga.

Jalaludin tidak menafikan yang beliau melalui fasa tertekan sepanjang enam minggu program berkenaan kerana perlu beraksi di pentas yang besar.

“Sepanjang minggu pertama dan minggu ke-6, saya sedikit tertekan, tegang dan risau. Selalu kita menyanyi, kita tak rasa apa. Tapi dalam pertandingan ini perasaannya lain.

“Beraksi pula atas pentas besar, dalam keadaan kita awal dulu tak tahu teknik nyanyian yang betul.

“Tetapi saya, seperti yang diperkatakan Datuk Ramli M.S, pada minggu ini kelihatan tenang. Itulah yang saya tekankan.

“Bila tenang, kita dapat melontarkan suara kita. Ia satu teknik yang diajar rakan saya, Ramli,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Jalaludin meluahkan ucapan terima kasih kepada sahabatnya, Datuk Ramli M.S yang banyak membantu semua peserta sepanjang program itu berlangsung.

“Kami, masing-masing kena ada inisiatif. Ramli tak boleh ajar semuanya. Alhamdulillah, dia bukan sahaja kawan, tapi guru saya. Dia peka terhadap bunyi-bunyian,” ujarnya.

Dalam pada itu, aktor berkenaan turut berterima kasih kepada Astro atas peluang untuk melakukan amal jariah menerusi program itu.

“Kita sedar bahawa penglibatan kami ini adalah atas dasar amal jariah untuk mereka yang memerlukan.

“Kami bersaing secara sihat. Sepanjang tujuh minggu bersama, kalau boleh kami tidak mahu ada seorang pun yang tersingkir. Tapi sudah ditentukan formatnya begitu.

“Namun, kami beruntung kerana dapat belajar untuk memperbaiki vokal. Terima kasih kepada Cikgu Syafie, Astro.

“Yang penting, silaturrahim antara kami peserta KE sangat kuat,” kongsinya. – UTUSAN

The post Kemenangan di usia 72 tahun – Jalaludin Hassan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved