Pelakon Redza Rosli sekali lagi memilih untuk berdiam diri dan mengelak daripada ditemu bual wartawan ketika menghadiri sidang media Pentas Drama TV Alhijrah 2026, petang tadi.
Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 34, pada awalnya dikatakan mahu ke tandas sebelum sesi sidang media bermula.
Advertisement
Bagaimanapun, pelakon berkenaan kemudiannya dilihat bergegas menuju ke kereta melalui pintu belakang premis tanpa menemui pihak media untuk sesi temu bual.
Kehadiran Redza pada sidang media tersebut adalah bagi mempromosikan telemovie lakonannya, Azan Terakhir Seorang Pendosa.
Tindakan Redza itu kembali menjadi perhatian selepas rumah tangganya bersama isteri, Bella Hanna, menjadi tanda tanya apabila pasangan berkenaan dilihat hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.
Redza turut ditemui media di luar mahkamah pada ketika itu, namun memilih untuk tidak mengulas mengenai kehadiran mereka bersama seorang peguam.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Bella juga pernah mencetuskan persoalan selepas berkongsi foto sekitar kawasan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat menerusi Instagram pada 2 Julai lalu.
Bagaimanapun, Bella kemudian menjelaskan menerusi Threads bahawa berlaku salah faham terhadap perkongsian tersebut.
Menurutnya, kehadiran seseorang ke pejabat agama tidak semestinya berkait dengan urusan perceraian.
Untuk rekod, Redza dan Bella mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aydrean.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Redza Rosli, Bella Hanna hadir Mahkamah Syariah, Di Ambang Perceraian? - "Minta Maaf Semua"
The post “Kenapa Mengelak?” – Kontroversi Rumah Tangga Berantakan, Redza Rosli Sekali Lagi Enggan Temu Bual Media first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





