Kerajaan Batal Ambil Alih DTSB, NexG Fokus Perluas Strategik Perniagaan

LocalBusiness & Finance
23 Aug 2026 • 12:03 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kerajaan Batal Ambil Alih DTSB, NexG Fokus Perluas Strategik Perniagaan Image from: Kerajaan Batal Ambil Alih DTSB, NexG Fokus Perluas Strategik Perniagaan johardy23/08/2026 - 12:03 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Syarikat penyedia rumusan teknologi tempatan, NexG Berhad (NexG) menyambut baik keputusan Kerajaan Malaysia yang tidak mengambil alih anak syarikat milik penuhnya, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB).

 

Ketetapan tersebut menyusul selepas penjelasan rasmi menerusi kenyataan media oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu berhubung ‘Keselamatan dan Kedaulatan Identiti Rakyat’.

 

Langkah ini sekali gus mengesahkan pendirian kerajaan untuk tidak menasionalisasikan anak syarikat berkenaan dan kekal komited memastikan perkhidmatan yang selamat serta dipercayai terus disampaikan kepada rakyat.

 

 

 

 

 

Dalam kenyataan hari ini NexG dan DTSB merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kerajaan MADANI atas keputusan tersebut dan atas kepercayaan berterusan yang diberikan kepada DTSB untuk membekalkan kad pengenalan berteknologi tinggi negara tanpa mengompromikan aspek keselamatan.

 

"DTSB kekal komited untuk mempertahankan standard keselamatan, integriti dan kebolehpercayaan tertinggi seperti yang berjaya dilaksanakannya sepanjang 27 tahun lalu.

 

"Rekod cemerlang yang disokong oleh kepakaran bakat tempatan serta keupayaan dalaman ini mencerminkan kebolehan NexG untuk terus menyampaikan penyelesaian identiti misi penting secara selamat dan diyakini," kata NexG.

 

Syarikat turut bertekad untuk memelihara keselamatan dan kedaulatan kad pengenalan Malaysia tanpa sebarang kompromi, selain bekerjasama rapat dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan bagi mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan secara berterusan demi memastikan identiti rakyat kekal dilindungi.

 

 

 

 

"Dengan jaminan penerusan kontrak pengeluaran kad pengenalan mentah bagi Malaysia ini, NexG kini boleh memberi tumpuan penuh untuk meneruskan rancangan perluasan strategiknya dalam sektor domestik dan antarabangsa seperti yang dirancang sebelum ini.

 

"Langkah ini dijangka melebarkan lagi jejak serta penguasaan NexG sebagai syarikat teknologi tinggi dan pengeluar utama kad pengenalan keselamatan tinggi di negara ini," kata NexG. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved