Kerajaan MADANI Tak Pernah Keluarkan Sebarang Lesen Atau Permit Judi Baharu - MOF

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 5:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kerajaan MADANI Tak Pernah Keluarkan Sebarang Lesen Atau Permit Judi Baharu - MOF

Kerajaan MADANI tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau permit perjudian dan tidak menambah bilangan kedai perjudian baharu sejak mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir 2022.

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan mengenai perkara tersebut susulan isu lesen judi yang dibangkitkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, baru-baru ini.

Menurut MOF, kenyataan Sanusi itu jelas mengelirukan kerana memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak mengawal aktiviti perjudian atau telah meluluskan lesen baharu bagi menambah bilangan premis perjudian di negeri Kedah.

MOF turut menjelaskan bahawa sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan persekutuan pada 2020 hingga 2022 yang turut merangkumi parti PAS, tidak pernah ada sebarang usul atau keputusan untuk mengharamkan aktiviti perjudian berlesen di seluruh negara atau memansuhkan lesen sedia ada.

"Berdasarkan rekod, kerajaan persekutuan di bawah Pakatan Harapan pada 2020 telah memutuskan untuk menurunkan bilangan cabutan khas daripada 22 kepada lapan sahaja setahun.

"Kemudian kerajaan persekutuan di bawah Perikatan Nasional dan Barisan Nasional pada 2020 telah memutuskan untuk meningkatkan atau mengembalikan semula kekerapan cabutan khas 22 kali setahun.

"Selepas kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir 2022, keputusan terawal waktu itu adalah membatalkan peningkatan tersebut dan menurunkan semula kekerapan cabutan khas daripada 22 kepada lapan kali setahun mulai Januari 2023.

"Kerajaan MADANI tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau permit perjudian baharu dan tidak menambah bilangan kedai perjudian baharu," katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga:

Tambah MOF, jumlah lesen dan permit yang berkuat kuasa kekal berdasarkan jumlah kelulusan lesen sedia ada sejak tahun 1990-an.

Malah, sebagai langkah kawalan, MOF juga sememangnya telah menetapkan syarat-syarat yang ketat kepada pemegang lesen.

"Kerajaan terus mengambil pendekatan tegas dan bertanggungjawab dengan mengehadkan aktiviti perjudian berlesen," ujarnya lagi.

MOF turut memastikan kawal selia yang ketat serta memperhebat tindakan terhadap perjudian tanpa lesen dan perjudian dalam talian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved