Kerajaan Negeri Pulau Pinang Belanja Lebih RM3 Juta Beli 15 Buah Toyota Camry

LocalPolitics
21 May 2025 • 10:59 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Toyota merupakan sebuah jenama kenderaan yang diminati ramai orang di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Jenama dari Jepun itu berjaya mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar di dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024.

Kejayaan Toyota menjadi pengeluar kereta dapat dilihat selepas jenama itu turut menjadi pilihan beberapa jabatan dan kerajaan-kerajaan negeri sebagai kenderaan rasmi.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang beli 15 buah Toyota Camry baru

Seperti semalam (20 Mei), Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan telah memperoleh 15 buah kereta baru jenis jenis Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bernilai RM3,311,895.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, Camry baharu itu bagi menggantikan kereta rasmi yang dibeli pada tahun 2020.

Menurutnya, jumlah tersebut adalah termasuk cukai dan duti eksais sekali gus menjadikan kos setiap kereta kira-kira RM220,789.

“Kenderaan baharu ini adalah untuk kegunaan rasmi seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang dan tiga ahli ex-officio (Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri),” katanya dipetik Buletin Mutiara.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri serta Timbalannya juga dapat Camry baru

Menurutnya, dua lagi kenderaan pula adalah masing-masing untuk kegunaan rasmi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam (20 Mei).

Ahli Parlimen Batu Kawan itu memberitahu perkara tersebut sebagai menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Lim Guan Eng dan ADUN Penaga, Yusni Mat Piah.

Kerajaan Negeri Sembilan juga pilih Toyota Camry jadi kenderaan rasmi

Toyota Camry bukan sahaja dibeli oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, malah menjadi pilihan Kerajaan Negeri Sembilan juga.

Pertengahan tahun 2024 lalu, Kerajaan Negeri Sembilan membuat 16 pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pembelian kereta jenis Toyota Camry yang bernilai kira-kira RM206,000 seunit itu, bagi menggantikan kereta jenis Honda Accord yang digunakan sejak 2019.

“Ia sekarang dalam proses dan sebahagian daripada kereta itu sudah sampai. Sebelum ini, Honda Accord lebih lima tahun digunakan, memang lepas lima tahun kena tukar kalau tidak penyelenggaraan tinggi kita tak mampu bayar.

“Bagi kereta lama, exco (ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) boleh memohon untuk mendapatkannya dan ada bayaran dikenakan,” katanya dipetik Awani.

Source: